Ladang Mengabang, salah satu kampung yang telah lenyap kerana
seruan pembangunan kini sudah bertukar wajah sepenuhnya.
Yang ada hanyalah timbunan pasir dan juga parit besar yang sudah
digali. Tak tahulah untuk projek apa kerana tidak nampak
pula papantanda diletakkan di luar jalan.
Saya bertanyakan seorang penduduk di kawasan itu,
malangnya dia sendiri pun tidak tahu. Mungkin hotel katanya.
Tetapi seingat saya ini 'mungkin' ini salah satu projek
berkaitan 'ECER' yang dicanangkan pada satu masa dulu.
Maaf kerana tidak ada maklumat yang boleh diberikan hanya sekadar
gambar untuk dikongsikan bersama. Jika anda tahu, bolehlah kongsi-kongsikan
di sini untuk pengetahuan semua.





