Sunday, November 28, 2010

FESBAK 2010

Pada masa sekarang sedang berlangsung Festival Songket, Batik
dan Kraf Terengganu 2010 (FESBAK 2010) bertempat di
Pusat Dagangan Terengganu TTC. Bermula dari 25 November hingga 5 Disember.
Saya sempat menjenguk sekejap semalam dan ada satu booth yang
menarik perhatian iaitu yang menjual barangan kraft berasaskan tempurung kelapa.
Saya rasa produk ini boleh diusahakan oleh sesiapa sahaja yang berkemahiran
membuat kraf cuma apa yang perlu ialah kreativiti dan kerajinan sahaja.







Kalau ditanya pendapat peribadi saya berapa bintangkah pameran ini
saya hanya berikan sebanyak dua setengah sahaja dari lima bintang
memandangkan banyak ruang yang tidak dipenuhi. Tetapi anda boleh sahaja
mengunjuginya manalah tahu ada yang menarik hati anda di sana.

2 comments:

denangms said...

syukran jazila pasal post produk saya kt blog nih..

anyway, pas ekspo klu nk tgk byk lg produk berasaskan tempurung blh datang ke kiosk saya di nor arfa craft centre (nacc), chendering setiap hari kecuali selasa dari jam 9pg-6ptg......

denangms @ TKOv11

Tolahah said...

Ok sama-sama.. insyaAllah kalau saya kebetulan pergi nanti saya singgah. Boleh buat cover story belah cendering pulak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...