Pernah dengar pasal Kampung Ladang?Kampung ini sekarang bagaikan sudah hampir pupus sebenarnya kerana
ditelan oleh arus pembangunan. Hanya tinggal sebahagian kecil sahaja
bangunan yang masih belum diusik selebihnya habis dirobohkan
dan hanya menunggu masa untuk diratakan. Bila tu? Entah.. saya pun tak tahu.

Di sini saya paparkan gambar-gambar selepas dirobohkansebagai satu bahan sejarah yang tidak mungkin dapat dikembalikan.
Penduduknya telah pun dipindahkan ke flat baru yang berdekatan.
Adakah mereka selesa tinggal di situ?... Tidak dapat saya menjawabnya.
Saya hanya merakam setakat mana yang termampu supaya
anda semua boleh menjadi sebahagian dari sejarah tersebut.





11 comments:
Saya pernah tinggal disini bersama kawan karib Dato' Syed Munshee Afdzarudin, dalam tahun 1970an. kami selalu lepak dirumahnya semasa cuti universiti. Rumahnya berhampiran kubur.
Nostalgia bagi saya.
Ya abemie.. nampaknya da tak ada lagi rumah kawan abemie tu. dari apa yang saya dengar banyak juga barang-barang antik yang ditinggalkan begitu saja sebab tak ada tempat nak letak kat rumah baru. Jadi orang merobohkan tu yang ambik dan jual. Boleh tahan juga harga khabarnya.
dengar kabar atau tengok sendiri?
Anonymous > Cuba baca ayat terakhir saya. Harap mendapat jawapan kepada pertanyaan anda.
Kampung Ladang dalam kenangan..sya dilahirkan dan dibesarkan di kampung ini. keluarga saya dari zaman nenek moyang saya telah lahir disini sehingga beberapa generasi, tapi amat sayang sekali telah dirobohkan untuk tujuan pembangunan. Namun,ada sebilangan yg tidak mendapat ganjaran yang setimpal dan terpaksa tinggal di apartmen baru kerana tiada pilihan. Sewanya pula tinggi.. bagi yang tiada pekerjaan tetap memang amat terasa kerana sebelum ini tak perlu bayar sewa. sewa untuk 3 tahun selepas itu belum tau lagi samaada dapat pemilikan @ tidak..
sedih tengok kampung Ladang sekarang ni.saya juga dilahir dan dibesarkan disini..tapi sekarang ni tiap kali saya balik ke Ladang rasa macam saya berada di tempat asing..dok macang dulu...masih ingat lagi getok(jambatan) kayu dari Ladang Titian ke stadium...gitu jugok kg kolam dgn jalan petani...penuh dgn. rumoh2 kg. org melayu..tapi lening semuanya ditukor dgn. rumoh flat dan bangunan2 batu...tapi semua tu cuma tinggal kenangan...sebok wasee....kepada tuan punya blog kalu ader gambar lamer kg.Ladang,Kg. PEtani,Kg. kolam,Paya Keladi atau pun Padang Malaya (taman Syahbandar)tlglah masuk sini ...Terima kasih....
Nanti saya cuba cari dato'. Kalau ada saya akan post kat sini. InsyaAllah..
betapa arus pemodenan menenggelamkan keaslian sesebuah sejarah..
pernah tinggal di kg ladang titian dari tahun 1973-1976. berjalan kaki ke sekolah SRSS dan melalui bangunan studium,dan melewati balai polis saat itu bangunan di depan studium masih dlm proses binaan (bangunan kerajaan negeri kalau tak silap)
rupanya kg ladang akan tinggal kenangan
betul apa yg saudara tolahah katakan mengenai barang2 antik brkenaan..ada sstgah terpaksa dijual krn tiada tempat simpanan di flet brkenaan..ada jg pembeli2 dan juga yg merobohkan rumah, sewenang-wenangnya menjual/mgambil brg2 antik kpyaan tuan rumah..tidak terlepas mak saya
dan memang flet berkenaan hanya untuk disewa sahaja..bukan sewa & beli
ada satu ketika, sewaktu menunggu ayah saya di hospital trg. saya berpeluang dengar cerita dgn seorang nyonya tentang kg. ladang.
katanya orang cina ikut apa hok pihak bandaran nok...mendirikan bangunan rumah kedai, sekurang-2nya 2 tingkat, mereka berpakat adik beradik atau buat pinjaman dan buatkan spt kehendak bandaran. dan mereka dapat kekal di situ (bandar)dok kena pindoh, sambil boleh berniaga. Cadangan ini jugak dia berikan kepada jiran-2 melayu dia, supaya boleh kekal di bandar. tapi kebanyakkan orang melayu dok minat. Ada yang ambik pampasan , bagi-2kan adik beradik, yg dapat lebih, beli tanah di kg. Tinggalkan bandar. Dan setengah tu tinggal di flat.
Betul ke tidaknya...saya tidak boleh sahkan tapi itu je yg saya dengar dan boleh kongsikan.
Post a Comment