Entah macamana tanpa disangka-sangka ketika outing fotografi bersama
rakan-rakan di Batangan, Seberang Marang, saya terserempak dengan
seorang lelaki yang sedang memanjat pokok kelapa untuk mendapatkan nira.
Beliau hanya mahu dikenali sebagai 'Pok Mat'
dan kalau tidak silap beliau adalah seorang guru persilatan.

Bila disapa jelas menunjukkan beliau senang untuk didekati dan
sempat juga berposing untuk kami. Saya rasa agak tertarik juga untuk melihat
dengan lebih dekat lagi bagimanakah kehidupan beliau selama ini.
Mmm.. dan bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal
kami semua diajak kerumahnya tidak jauh dari situ.
dengan lebih dekat lagi bagimanakah kehidupan beliau selama ini.
Mmm.. dan bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal
kami semua diajak kerumahnya tidak jauh dari situ.

Sesampainya kami di perkarangan rumahnya beliau mempelawa kami masuk
ke 'bengkel nira' beliau. Di situ kami dijamu dengan minuman nira yang
masih segar yang baru dipanjat tadi. Alhamdulillah.. sedap betul air nira ni.
Sebenarnya daerah Marang memang terkenal dengan air nira.
Kalau tidak masakan terdapat kilang nira di Kelulut yang pernah
dirasmikan oleh bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi.

Selain dari nira keluarga ini juga mengusahakan rotan serta daun nipah
untuk dibuat rokok daun. Anak-anak beliau masing-masing membantu
bagi meningkatkan taraf ekonomi keluarga mereka. Bila ditanya berapa ramai
anak-anak beliau... terkejut bila dijawab seramai 10 orang.
Bila melihat daripada cara hidup mereka serta apa yang mereka miliki
di rumah pada saya mereka bukanlah orang yang senang.
Bertungkus lumus juga mereka mencari rezeki maklumlah
masih ramai anak-anak beliau yang masih kecil.

Mungkin selepas ini ada pihak yang sudi membantu dalam
memperbaiki kehidupan mereka sekeluarga. Mengenali 'Pok Mat'
walaupun seketika cukup menyedarkan bahawa kalau kita merasakan kita susah
rupa-rupanya diluar sana ramai lagi orang yang jauh lebih susah.
Tetapi keluarga tersebut nampak begitu bahagia sekali.
Berbeza dengan sesetengah keluarga yang kaya raya tapi
rumahtangga kacau bilau bagaikan neraka.
Itulah lumrah kehidupan di dunia ini... wang bukanlah segalanya

15 comments:
Menarik gambar-gambar ni.. Posting pun membawa Wak menyelami kehidupan pakcik ni..
teruskan berkarya..
Assalamualkum cg, berita sebegini memang membawa kesedaran maklumlah kadang2 kita asek memandang keatas asek membanding2kan kelebihan orang lain tanpa melihat kebawah dan melihat kekurangan orang lain. Sama2lah kita bersyukur akan apa yang kita ada dan dimana kita berada.:-)
Terima kasih anty.. sebenarnya itu adalah salah satu tujuan pun.
assalamualaikum,
harap mu dah sihat spenuhnya.
tahniah utk blog ini,Nice work...teruskang & aku akan dtg kembali.
enal_AD80
Waalaikummussalam enal,
Terima kasih, datang Terengganu nanti jangan lupa call.
SAYA MAT KAGUM NGN BLOG "Cuti-Cuti" EN. TOLAHAH YG MEMAPARKAN KEINDAHAN NEGERI TERENGGANU,SY HARAP DPT CREATE SEBUAH BLOG SEUMPAMA INI 1 HARI NANTI~Anak Muridmu 2001
Selamat datang niksue,
Lama dok dengar khabar. Jengok2lah selalu blog ni manalah tahu boleh dapat idea kat mana2.
good work tom
alamak kg sy ni!! hehe..oo pkcik tu sy knl..pmnjt klape terhebat kt kg tu..hehe
Yaa.. memang dia terer dalam memanjat kelapa. Sup-sup-sup.. sampai dah kat puncak.hehehe
boleh dikatakan setiap hari saya buka blog ini, seronok membaca apa yang ditulis dan dikongsi. saya suka dengan gamabar 2 anak dara yang bertudung kain batik tu, cantik sekali...lebih cantik agaknya kalau di hitam putih kan...bila lihat mata dan senyuman mereka jelas menunjukan bahawa mereka bahagia...walaupun hidup tidak semewah mana tapi penuh dengan kasih sayang...betul kata penulis "wang bukan segalanya"
saya setuju dengan saudara, "wang bukan segala nya"
Pemimpin kita tak tersedar ada kehidupan seperti ini kecuali ada PRK disitu.......
cantik gambar2 ni...
Mama AA's.. kalau nak dalami fotografi join sini > http://www.photosantai.com/forum/index.php
Post a Comment