Jika anda datang dari arah Kuantan sebaik sahaja melepasi Awana Kijal
ketika menghala ke Kerteh anda akan berjumpa satu pemandangan yang indah
di sebelah kanan yang lebih dikenali sebagai pantai Kemasik.
Terdapat satu sungai yang memisahkan antara sebelah daratan
berhampiran jalanraya dengan sebelah pantai. Sekarang tempat itu semakin indah
kerana prasarana makin bertambah baik. Namun saya tidak sempat lagi
merakam keadaan terkini kerana sudah lama tidak ke sana.

Apa yang saya ingin tunjukkan di sini ialah keadaan pantai.
Jarang orang tahu hendak ke sana. Sebenarnya anda perlu meneruskan
perjalanan menghala ke Kerteh sehingga berjumpa persimpangan lampu isyarat.
Dari situ anda perlu ke kanan ke arah pantai dan nanti anda akan tahu sendiri
bagaimana ke hujung tanjung yang di sana akan ternampak bukit yang kecil
yang juga boleh dilihat dari jalan besar tadi.

yang terkenal di Terengganu. Sebenarnya anda boleh juga mengambil gambar
dari tempat mula-mula anda lalui dari jalanraya tadi cuma di sini anda
berpeluang mengambil gambar aktiviti nelayan sebagai tambahan.
Dan pandangan di sini agak berbeza jika dibandingkan dari luar.
Apapun semua sudut pada saya sangat menarik di sini.
Saya menyarankan anda patut singgah di sini sejenak jika berpeluang
kerana ia bukanlah sesuatu yang senang untuk dibuat sebab
orang tidak pernah terfikir arah jalan masuk ke sini melainkan
ianya sudah dirancang dari awal. .

3 comments:
sangat cantik!
pandai 'angle' yg awak pilih..
Lawa sungguh photo tolahah ambik...ambe pnah gi sini masa jd student UM dulu..lening duk di KL..dok pnah miss tgk pantai ni tiap kali drive balik KL..fantastic view
good work tolahah.
terima kasih semua
Post a Comment