Wednesday, November 24, 2010

Pasar Payang

Selamat Datang ke Terengganu. Salah satu destinasi yang 'mesti' anda lawati bila
berkunjung ke negeri ini ialah Pasar Payang. Bayangkan semua tempat telah anda jelajahi
tiba-tiba bila orang bertanya sudahkah anda ke Pasar Payang? Jika jawapannya
tidak maka seolah-olahnya kunjungan anda ke Terengganu bagaikan tidak lengkap.

Pelbagai reaksi peniaga dan pembeli boleh dilihat di sini.
Dari yang muda hingga ke tua. Dengan bermacam-macam ragam
ketika menjual beli.. dari suasana hiruk-pikuk
hinggalah kepada suasana sunyi sehinggakan boleh melelap mata seketika.

Di tingkat atas pasar ini terdapat juga jualan Songket Terengganu.
Songket adalah merupakan sesuatu yang istimewa di sini.
Anda datang dan lihatlah sendiri kehalusan serta keunggulan mutunya.
Pelbagai warna dan corak dengan harga yang murah hinggalah mencecah
ratusan bahkan ribuan ringgit sehelai.


Di lain masa insyaAllah saya akan membawa anda lagi ke sini...

1 comments:

nur said...

pernah ke pasar payang tahun lepas. satu ketika semasa menaiki tangga, bau yang amat tidak enak...seperti tangga itu tempat orang buang air kecil!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...