Thursday, November 25, 2010

Peralatan yang kian membahayakan

Kalau anda biasa beriadah di trek jogging berhadapan bangunan Bank Negara,
Bukit Besar sudah pasti anda akan ketemui peralatan senaman yang sudah berkarat
dan sesetengahnya begitu uzur. Namun begitu disebabkan oleh tiada pemantauan
pihak berwajib peralatan tersebut tetap terbiar sejak sekian lama dan
masih digunakan oleh orangramai disebabkan tiada pilihan lain.

Gambar-gambar di bawah rasanya cukup untuk menggambarkan
suasana tersebut. Pada masa sekarang tiada kedengaran apa-apa tentang hal ini
kerana tiada lagi kemalangan yang berlaku tetapi adakah hendak
tunggu sesuatu yang buruk berlaku baru ada tindakan?









Cuba anda bayangkan nasib remaja ini kalau tergelincir dan
matanya tercucuk pada besi berkarat ini?
Mesti ada pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini.

9 comments:

engheng said...

Adoi, teruknya, tetapi sedihnya, perkara macam ini sudah menjadi satu kebiasaan di Terengganu.

Tolahah said...

Prof.. cuba prof. tag YB TCY boleh tak. Saya cuba tak boleh. Mungkin dia perlu lihat ni.

Satu lagi .. Tahniah! Sebab Prof. adalah orang pertama yang memberi komen di sini hehehehe..

Budak Kg- SETIU, Terengganu said...

satu usaha yang baik... nice job kita support

engheng said...

Tolahah, saya sudah poskan blog ke wall saya dan tag beberapa orang termasuk YB.

engheng said...

ha ha...orang pertama bagi komen diberikan hadiah ke?? Tutorial fotografi sudi diterima sebagai hadiah...

Tolahah said...

Tutorial fotografi? boleh saja prof.. tanya saja kat FB. Nanti saya akan cuba jawab.

pelf said...

Tolahah, saya akan alertkan beberapa orang wartawan, dan harap-harap mereka akan highlight perkara ini :D

Tolahah said...

Ok pelf, terima kasih banyak2 atas usaha tu.

Graphiccancer said...

saya pernah menjadi mangsa akibat kerosakan alat-alat sukan seperti ini.keadaan yang sama berlaku di kemaman.sampai saya terpaksa mendapatkan rawatan di wad kecemasan akibat luka yang dalam terkena besi berkarat yang patah dan menerima satu suntikan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...