Tuesday, November 30, 2010

Piala Monsoon - Satu Imbauan Kembali

Hari ini 30 November hingga 5 Disember 2010 Piala Monsun bermula lagi.
Esok 1 Disember festival ini dijangka akan dirasmikan oleh Sultan Mizan.
Justeru itu saya ingin membawa anda mengimbau kembali lima tahun
ke belakang ketika mana Piala Monsun atau Monsoon Cup mula diperkenalkan.
Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aktiviti tahunan ini
ialah mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abudullah Badawi.






Dikatakan beliau mendapat ilham untuk mengadakan acara ini
sewaktu menyertai aktiviti memancing di Terengganu.
Mungkin pada pandangannya musim hujan bukanlah masa untuk lepak
dekat beranda rumah sambil makan ubi kayu dengan air kopi o panas dan
kemudian menghisap rokok daun fuuuhh.. fuuuhh...
(aaaarrrgghh betapa nikmatnya.... hehehehe..)


Jadi beliau mengadakan aktiviti ini di Pulau Duyong
dengan harapan dapat menigkatkan pendapatan rakyat melalui
perniagaan di samping menaiktaraf Pulau Duyong menjadi pusat membuat
dan membaiki bot yang terkenal. Sebuah resort bertaraf antarabangsa juga
dibina kini dikenali sebagai Riyaz Resort & Spa.
Ya... kini setelah lima tahun berlalu kita telah melihat
satu perubahan yang ketara di pulau tersebut.


Persoalan samada benarkah rakyat mendapat faedah dari aktiviti ini
saya rasa semua orang ada jawapan dalam hati kecil masing-masing.
"Yang pastinya waktu itu rakyat dapat BAJU HUJAN FREE!" hehehehe..
Oklah.. Saya tidak ingin membincangkan hal itu secara panjang lebar di sini
sebab ianya sudah dibahaskan dimerata-rata tempat dahulu dari
Parlimen, Dewan Undangan Negeri hinggalah ke kedai kopi.
Cuma saya ingin membawa anda melihat kembali
apakah yang berlaku lima tahun yang lampau yang mana
sewaktu itu saya hanya merakam sekadar untuk kepuasan diri sahaja tapi
hari ini rupanya ia sudah menjadi gambar yang penuh sejarah untuk kita
sama-sama lihat dan renungi bersama.


Bukan sahaja acara monsun bahkan sebarang acara yang diadakan
di Terengganu pasti ada hiburan pentas seperti ini. Dan yang pastinya golongan
yang hadir adalah golongan remaja Melayu. Adakah kalau tidak ada acara seperti ini
maka tidak akan ada sambutan? wallahua'lam..




Buat julung kalinya rakyat Terengganu berpeluang melihat kereta mewah
yang terdiri dari pelbagai jenama seperti Porche, Ferrari, Lamborghini, Bentley dan
pelbagai jenama mewah lagi. Bayangkan harga rim sahaja sudah hampir sama
harga sebuah kancil. Rakyat hanya mampu melihat sahaja...
tumpang bangga biarpun hanya sekadar melihat.









Tahun ini banyak juga acara yang berlangsung.
Esok kalau tidak ada aral saya akan ke sana membuat sedikit liputan.
Nanti akan dikemaskini di sini. InsyaAllah..

4 comments:

Syafiq A. Ghani said...

salam. suka baca entri ini. pembangunan itu lebih manis sekiranya ia betul2 dirasai rakyat. sekian :)

Pa Alisya said...

apa kena mengena kereta dengan acara monsoon cup ni?

Tolahah said...

Terima kasih Syafiq atas komen tu. Pa.. sebenarnya masa boss ferrari terlibat sama dalam acara ni Mungkin sebab tu ada pameran ni saja nak tunjuk kehebatan pada rakyat kot.

Anonymous said...

satu acara yang menarik.... rakyat dapat 50 sen, kroni dapat juta-juta-juta-juta........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...