Saturday, December 11, 2010

Lorat Ganu |Buleh Nyor

Ok.. sekarang saya mulakan satu lagi segmeng baru untuk blog ini iaitu
mempelajari lorat bahasa Terengganu. Dulu-dulu bahasa Terengganu ni tak femes.
Orang selalu tertukar bila cuba tiru, akan jadi lorat kelate (kelantan).
Tahu tak bila start lorat ganu ni mula femes....? Teka-teki ni.. sapa buleh jawab.
Nok beli ke nok jual...? Apa.. nok beli ?... ok jawab dia setelah di fofulerkan
oleh Kumpulan IKLIM kemudian diikuti oleh Mat Over dalam sitkom
"pi mai pi mai tang tu".. hehehehehee..

Ok sekarang kita start dengang pelajaran pertama.. Peribahasa Ganu... "Buleh Nyor". Mesti korang ingat buleh nyor ni adalah dapat hadiah kelapa sebiji. Soheh! hahahahaa.. Sebenarnya ada dua makna, mengikut keadaan.

Keadaan pertama buleh nyor bermaksud mendapat hukuman hasil dari perbuatan yang tidak baik dan diketahui oleh orang yang anda segani atau takuti atau pun serrung (seram sejuk bila jumpa orang ni).

Contoh ayat 1.
"Aku kabbo doh, jangang buak.. mung tbbeng gokk. Kang boh tahu doh ttuuu. Siaplah mung kekgi .. Buleh nyorlah nger boh. Aku dok tahuuu...."
(Aku beritahu dah, jangan buat.. kamu paksa jugak. kan boss dah tahu tuuu. Siaplah engkau nanti... Kena hukum dengan boss. Aku tak tahuuu...)

Contoh ayat 2.
"Aaa.. padang dohlah akuu... Buleh nyor doh terik ni, ayoh dia tahu doh aku suka curri woh pellang dia"
(Aaaa.. habis dah aku.. Kena hukum dah kali ni, ayah dia tahu dah yang aku suka mencuri buah mempelam dia).

Keadaan kedua pula ialah jika keadaanya begini....
Mamat: Doh mung gi kebun dia dokkang dok buleh mender-mender wak balik?
(Dah kamu pergi kebun dia takkan tak boleh apa-apa yang dibawa balik?)

Ali: Adaa... tapi gok sikit jer, basser keddekut pahhit.. buleh nyor jer sutir.
(Ada.. tapi sikit saja, jenis kedekut yang amat, boleh kelapa saja sebiji)

Nampak tak? Penggunaannya perlu bersesuaiang dengang keadaang. Hahahahaa... jumpa lagi untuk lorat yang lain pula. Stay tiung!

7 comments:

AlMizzi said...

Hahaha menarik segmen baru ni cikgu =) wlaupon sy org ganu, tp first time
sy tahu peribahasa ni..hehehe

quote : stay tiung tu lgi
mantap =)) ganu molek tuh..hihi

Dr. Sepet said...

tahniah di atas kewujudan blog sebegini yg akan membantu mempromosikan dan menggalakkan pelancongan di negeri Terengganu kite.

Kenalah dengan gelaran 'negeri cantik, budaya menarik', tidak rugi berkunjung ke tempat-tempat menarik di seluruh Terengganu, baik orang tempatan sendiri, mahupun yang datang dari luar.

Harapan saya, selain laporan saudara tentang aktiviti kawasan perbandaran, perbanyakan juga laporan tentang desa-desa yang menarik seperti yang terlibat dengan program Homestay dan Kampungstay di Terengganu.

Syabas.

Tolahah said...

Dr. Sepet.. terima kasih atas maklumbalas tersebut. Sebenarnya saya dah ada gambar-gambar tu cuma tunggu masa untuk posting saja. Banyak juga isu yang nak diketengahkan.

Kalau sebelah luar bandar ataupun luar daerah Kuala Terengganu saya akan selang-selikan dengan laporan dari bandar dengan kadar kekerapan yang berbeza sebab apa yang ada kat bandar nipun dah banyak nak kena cover.

Mungkin sehari dua lagi saya akan posting pasal luar bandar pulak, insyaAllah..

Ibu Sayang said...

Salam Mr Tolahah,

Kekgi mari ke bandor Chukai, Kemamang pulok ambik gambor pahtu masuk ah....kampung ambe tu...!

Tolahah said...

InsyaAllah kalau kebetulan pergi nanti akan cover cerita pasal kemaman pulak.

bungeCENGKEH said...

beh goh blog nie hahhaha..lawok pung ader

iu yunn said...

haha...beh rr..bhse ganu die..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...