Saturday, December 11, 2010

Nurseri Harapan

Saya pasti ramai di antara pembaca adalah terdiri dari peminat orkid
dan juga bunga-bungaan. Kalau di Kuala Terengganu ini terdapat seorang
pengusaha yang menjalankan perniagaan ini sejak tujuh tahun yang lalu.
Beliau ialah Puan Maznah Said ataupun Makcik Maznah
yang kini berumur 67 tahun.

Bukan senang nak berjumpa seorang yang telah berumur
sepertinya tapi masih gigih menjalankan perniagaan nurseri.
Tapi itulah bagi Makcik Maznah ni. Tak pernah kenal erti putus asa.
Mungkin pada dia daripada tidak berbuat apa-apa duduk kat rumah
lebih baik berniaga nurseri sekurang-kurangnya adalah juga
pendapatan bagi menampung keluarga.



Pokok bunga utama yang ada di sini ialah orkid.
Spesis orkidnya bukan sahaja dari Malaysia tetapi
juga datangnya dari Taiwan, Thailand, Filipina, China dan paling jauh
ialah Madagascar. Untuk orkid dari Malaysia ada dua jenis iaitu
orkid hutan dan orkid semaian tempatan.


Mengikut Makcik Maznah terdapat dua jenis orkid di sini iaitu
hybrid dan juga spesis. Antara nya ialah Phalacnopsis gigantea,
Dimorphorchis iowaii
dan juga Dipodium pictum. Keseluruhan orkid yang
terdapat di nurseri ini kesemuanya berjumlah lebihkurang 30 jenis.



Harganya bermula dari RM7.00 sehingga RM350.00.
Jika anda berminat untuk melihat dengan lebih dekat lagi
orkid-orkid beliau bolehlah datang sendiri ke nurseri beliau
yang beralamat:

Nurseri Harapan
1294 Simpang 4, Cendering
(sebelah kiri lebihkurang 50 meter dari persimpangan lampu isyarat
menghala ke Kubang Ikan),
21080, Kuala Terengganu.
Tel: 09-6171361 / 019-9165178

2 comments:

Syamsu Budiman said...

Salam buat semua,

Banyak orkid telah sampai di Nurseri Harapan. berbagai2 jenis antaranya Phal. , Onc. , Lyc. dan banyak lagi....

AURA BUSANA (TR0099762-D) said...

hadoww...lame dok selok explore terenganu nih..dok seke starang yg tuk tua abang ambe pom ade dlm ni jugok..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...