Wednesday, December 15, 2010

Union Motors & Electrical Supplies Sdn. Bhd.

Pada zaman sekarang ini kita dapati ramai anak-anak muda
termasuk pelajar sekolah dan universiti sudah mula berjinak dengan
dunia fotografi digital terutamanya dengan menggunakan kamera DSLR.
Mungkin disebabkan oleh harganya yang kian murah serta
teknologinya yang kian canggih. Harga permulaan bagi
kamera baru sekarang ini bermula dari RM1,800.00 hinggalah RMxx,xxx.00
bergantung kepada bajet anda.

Tapi kadangkala bajet yang anda ada tidak mencukupi
dan anda terpaksa beralih kepada kamera 2nd hand sebab tidak mampu
untuk mendapatkan kamera baru termasuk lensa.

Di Kuala Terengganu terdapat sebuah kedai yang boleh menyelesaikan masalah anda.
Kedai yang dimaksudkan ialah Union Motors & Electrical Supplies Sdn. Bhd. yang
dahulunya lebih terkenal menjual barangan elektrik untuk keperluan rumah termasuk
peti sejuk, tv, mesin basuh, rice cooker, ice-cream maker dan sebagainya.
Tetapi sekarang bila keperluan masyarakat berubah maka syarikat ini turut berubah
dengan menjual barangan lain seperti sistem Audio-visual dan juga
kamera digital dari jenis kompak dan juga DSLR dengan
pelbagai jenama samada yang baru mahupun terpakai. Ramai juga penggiat
fotografi yang menolak kamera mereka di kedai ini kerana ingin
menaiktaraf (upgrade) kepada model yang lebih baik. Sesetengah kamera
yang dijual masih dalam keadaan baru hinggakan tiada calarpun.
Jadi jangan malu-malu untuk bertanya jika anda bercita-cita
untuk mendapatkannya.

Perkhimatan mencuci gambar juga terdapat di sini dan ramai orang
yang tidak tahu sebenarnya. Kenapa tidak ke sini dan anda akan mungkin
akan dilayan serta merta kerana di sini bukanlah tempat tumpuan
orang yang ingin mencuci gambar.



Jika anda ingin bertanyakan sesuatu samada kamera digital
atau barangan elektrik bagi keperluan rumah anda sila hubungi:

Union Motors & Electrical Sdn. Bhd.
No. 56, Jalan Sultan Ismail,
P.O.Box 82,
20710 Kuala Terengganu
Email: union_m@streamyx.com

Tel: 09-6261450, 6248879 Faks: 09-6225805

3 comments:

Syafiq A. Ghani said...

Salam. tq encik tolahah. satu info berguna. kebetulan saya mahu membeli dslr. tapi bajet bawah rm2000. InsyaAllah akan cuba pergi kedai ini

saerahsharizan said...

saya slalu beli brg letrik kt kedai ni..pekerja n tokey dia x sombong pandai melayan pelanggan..ari 2 sya nk tukor brg sbb x sampai setahun dh rosak..dia bg jer asalkn msih simpan resit nya.

Anonymous said...

huhSOMBONG!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...