Sunday, January 23, 2011

Warung Atap Nipah

Jika anda baru pertama kali tiba di Kuala Terengganu saya pasti anda
tercari-cari di mana hendak bersarapan pagi. Saya tertarik untuk
memperkenalkan kepada anda sebuah warung yang mempunyai
pelbagai makanan dan kuih-muih tradisi di samping warungnya yang unik.



Warung ini terletak tidak jauh dari persimpangan lampu isyarat
Mengadang Akar berhampiran Sekolah Menengah Agama Khairiah, Gong Kapas
menghala ke Jalan Panji Alam dalam jarak lebihkurang 150 meter.
Terletak di sebelah kanan di tepi jalan. Keunikan pada warung ini ialah
terdapat ciri-ciri kemelayuan pada rupabentuknya.
Pertama ialah ianya beratap nipah dan keduanya dinding rumah
lama Terengganu. Sebenarnya dahulu pernah ditampal segala menu
dan notis-notis dalam bahasa Terengganu pekat. Tapi malangnya
semasa saya pergi baru-baru ini tiada satupun yang tinggal
walhal itu adalah salah satu keunikan pada warung ini.



Warung yang bernama 'Warung Atap Nipah Kak Sah' ini
beroperasi setiap hari bermula dari jam 6.00 pagi sehingga 1.00 tengahari.
Selain dari kuih-muih dan makanan tradisi ia juga menjual
satey dan akhbar harian.

4 comments:

golok longor said...

telo arong

artkaiser said...

setiap pagi jumaat ambe akan bekpas sini...hehehe

cik minah tonggek... said...

hehe... golok longgor oda telo arong... capur air madu ke, bang? ekekekek...

MRA said...

ni kedai abang hamba ni, Ahmad Faris Abdullah, rumoh belakang atap biru tu rumoh ayoh kami, Abdullah Nawawi Omar. rumoh tu unik sbb dok guna paku sebutir abuk pong, gune pasok belaka, umor lebih 100 tahun doh tu, tapi dok lama kekgi rasanye nok kena rombok doh sbb pecoh lot...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...