Sunday, February 20, 2011

Istana baru DYMM Sultan Mizan


Sewaktu blog ini diperkenal di awal-awal dahulu ada permintaan
dari kalangan pembaca agar menyiarkan gambar istana baru
yang sedang rancak dibina di Cendering berhampiran
kampus UiTM dan juga Puspakom,. Kebetulan baru-baru ini
saya melalui kawasan itu dan sempat merakam beberapa
keping gambar untuk tatapan umum.

Ini adalah 'Balairong Seri' tempat di mana upacara penyampaian pingat
serta majlis keraian bakal diadakan. Istana tempat bersemayam baginda terletak
di puncak bukit mengadap ke Pulau Kapas. Jika anda melalui jalan
pantai anda akan dapat melihat kerja-kerja pembinaan
di puncak Bukit Cendering di sebelah kanan menghala ke Dungun
yang sedang dibina dengan rancaknya.

Arkitek yang dipertanggungjawabkan merekabentuk istana ini
adalah dari Thailand dan terbukti dari rekabentuknya yang mempunyai
ciri-ciri senibina Siam.

2 comments:

marinahunny said...
This comment has been removed by the author.
wida said...

mesti cantik.
selalu tgk dr jauh jer..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...