Sunday, February 6, 2011

Kuih Bekang

Di Terengganu terdapat sejenis kuih yang hampir pupus... hehehehe..
bunyinya macam dinasourlah pulak tapi serius ni, sangat susah
nak bertemu kuih ni sekarang. Namanya kuih bekang. Mungkin tak ramai
yang tahu mungkin kerana kuih ini kurang popular jika dibandingkan
dengan kuih-kuih lain seperti kayu keramat, tok aji serbang, bronok, waulu..
entahlah.. susah nak jawab kepada persoalan tu.



Bekang kuah lemak

Kuih ni simple jer.. tapi rasanya sedap.
Terdapat dua jenis, bekang biasa
atau bekang telur. Kuah juga ada dua jenis iaitu kuah manis dan
juga kuah lemak. Kalau anda pergi ke warung-warung di sekitar
Kuala Terengganu (tempat-tempat lain saya tak tahulah pulak,
kepada sesiapa yang tahu bolehlah update kat ruangan komen)
sangat susah nak berjumpa dengan kuih ini. Yang saya tahu hanya ada
di sekitar Jalan Panji Alam, Warung Atap Nipah (salah satu darinya)
dan warung Sheikh berhadapan Sek. Pusat Bukit Besar.

Semasa saya kecil-kecil dahulu ada seorang penjual bekang
terkenal yang menjualnya dari rumah sahaja iaitu di Kg. Kolam.
Sekarang Kampung ini dah pupus sebab dan dibangunkan Flat Sri Kolam.
Di sebabkan kemasyurannya sampaikan anak-anaknya juga dipanggil
dengan gelaran bekang. Salah seorang dari anaknya bernama Din...
jadi orang panggilnya Din Bekang dan saya rasa panggilan tersebut
masih kekal sampai sekarang. Walhal yang buat bekang adalah maknya...
tak pasal-pasal anak-anak turut menumpang glamour hehehehe...

Bekang kuah manis

Seorang lagi pembuat bekang adalah di Jalan Pasir Panjang.
Dahulu kedainya di tepi jalan sahaja tapi sekarang khabarnya sudah
berpindah ke dalam kampung. Tak pasti pula saya kat mana rumahnya.
InsyaAllah kalau berkesempatan saya ingat nak juga pergi rakam gambar
cara membuatnya secara langkah-demi-langkah. Walaubagaimana pun saya
terjumpa satu blog yang ada juga menceritakan perihal bekang ni
beserta dengan resepinya sekali di sini.

Disebabkan oleh kerana sedap serta payah bertemu orang yang membuatnya,
anda terpaksa menahan sabar jika pergi membelinya.
Daripada pengalaman sendiri semasa saya kecil-kecil dahulu hinggalah sekarang,
kebiasaannya anda terpaksa menunggu lama untuk mendapatkannya
disebabkan ramai pelanggan pada satu-satu masa. Saya pernah menunggu
hampir satu jam baru dapat membelinya hingga kadang-kadang
berasa serik untuk membelinya. Tapi yang hairannya lepas tu pergi
beli semula sebab sekali sekala rasa rindu pulak nak pekena bekang ni.

Kepada yang tak pernah lagi merasa bekang ni saya
syorkan cubalah sekali. Sedap! dan kalau anda adalah warga Terengganu jati
bekang adalah semacam satu kemestian untuk anda cuba sekali
seumur hidup kalau tak macam tak sempurna rasanya
jadi rakyat Terengganu hehehehe..

16 comments:

My CoLleCtIoN said...

woo...
macam sedap je...
d area gong badak nie ade kerr...
tp nk gak cari t...

Syafiq A. Ghani said...

kuih bekang, payoh doh nk jupe lening. tapi kat Marang, Alhamdulillah,still ade orang jual ^^

Mohd Rozizu said...

Kuih ni biasa saya jjuppe di warong patta..tanjung lumpur kuantan. Di kemamang pun payoh doh nok juppe lening..kalu teringing nok makang..saya akang ke kuantan..

Anonymous said...

kat pasor chabang ada jual. anok sy wahi ngat kuih ning..

Tolahah said...

Laaa.. saya pung baru tahu ning Pasor Cchabang ada jual jugok bekang ni. Buleh tra sekali.

mira said...

kalu g marang, paso ye ada lg orang jua.tp saya blk kijing, srh je mok wat..lg sedak. hahahah

golok longor said...

bekang ke beke. kalu sebut bbeke ?

saerahsharizan said...

bekang dng bbeka dua mkanan yg berlainan..x kn x kenal kot..bbeke d perbuat dr ubi kayu..bekang ni dr tepung beran dan d mkn dgn kuah yg d perbuat dr santan n lain2..cu tgk gok gambor bekang 2 betul x sama kn dgn bbeke..

golok longor said...

saerah

terima kasih atas penerangan anda.

Abdool Waharp said...

lame doh ambe dok jjupe kueh ni, hari tu, pegi pasor kedai buluh pong dok napok...terliur tgk gambor2 kueh ni.Good job!!

Anonymous said...

lamenye dok mkg kuih ni..mejok abis koloh rendoh..selalu beli kat pasor chabang tiga..tp mokcik hok jual tu xdok doh...sedk sungguh kuih bekang dia...rindu sungguh kat kuih ni..dok kl ni lg la..seme kuih ganu klu nok mkg kena wak sediri..tu pun klu rajin heheheh

Anonymous said...

mengidam nk mkn bekang ni..dh 2hr g cri kt pasir pnjg tp dua2 hari kedai tu tutup...huhu

Cahaya hidupku said...

salam kenal...saya sekarang tgh nak improve masak...dulu arwah mak pernah jual mmg femes gak...orang pggl che nik bekang...bayangkan mak saya saya umur 12 tahun dah jual kuih bekang ni...baru dapat resipi...I should try...Thanks for sharing...pernah beli kata pasar chabang 3 dan pasar batu 6...org wakaf tengah kita..eke2

Aku Dan Kalam said...

Assalamualaikum semua

Saya orang Pasir Panjang, dan memang sangat menggemari Kuih Bekang. Saya makan sejak kecil lagi. Rasanya memang sedap. Cuma saya ada dengar, kuih ni kurang popular kerana tak ramai yang mahu mewarisinya. Saya rasa jika ada yang nak buat bisnes bolehlah popularkan kuih ni sebab kosnya murah dan saya yakin ia akan diminati ramai sebab sedap.

Anonymous said...

Kat stesen bas bandar pg2 ad jual gok. biasa ad awl pg je. Sbb laku ngat ekpong. Cepat je habis. ;-)

tfSalihah said...

Sy mmg tau kt mn tmpt buat kuih bekang ni kt dlm kmpg pasir pnjg.. G sokmo kalu balik kapong... dok kira laa q panjang ke dok... janji buleh makang....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...