Thursday, February 10, 2011

Perusahaan Tembaga Tradisional

Dalam seni kraftangan, produk tembaga amat sinonim dengan
negeri Terengganu. Kerana itulah ramai pelancong datang ke Terengganu
akan membawa balik ole-oleh berasaskan tembaga sebagai kenang-kenangan.
Kalau anda ke Pasar Kedai Payang anda akan dapati banyak kedai yang
menjual barangan tembaga dari sekecil-kecilnya hinggalah
kepada yang bersaiz agak besar.

SIRIM Terengganu kalau tidak silap saya juga menjalankan
penyelidikan serta R&D berkaitan tembaga. Kalau anda ke galeri
Perbadadanan Kraftangan Malaysia di Cendering pula anda akan
dapati banyak barangan tembaga dipamerkan di situ. Jadi kesimpulannya
di mana-mana sahaja kedai atau pusat jualan kraf sudah
pasti tembaga tidak ketinggalan dipamer atau dijual.

Persoalannya sekarang ialah di mana tempat membuat tembaga ini?
Kalau di Kuala Terengganu tempat yang paling terkenal dan senang
untuk dikunjugi ialah di Kampung Ladang iaitu Wanisma Kraft & Trading
iaitu tempat membuat tembaga dan batik. Tempat-tempat lain saya
kurang arif mungkin kerana tempatnya tercorot atau kerana
tidak ada publisiti. Walaubagaimana pun tempat perusahaan
tembaga dan batik yang dimaksudkan tadi sudah dalam
keadaan nyawa-nyawa ikan. Ia perlu berpindah ke kawasan lain
kerana tempat tersebut akan dibangunkan dalam masa
tidak berapa lama lagi. Kemana ia akan berpindah? Hanya tuan
punyanya sahaja yang tahu samada meneruskan atau terus
menutup sahaja perusahaan. Ini memandangkan banyak juga
perbelanjaan diperlukan jika ingin beroperasi di tempat baru.





Di sini ramai pekerja mahir yang telah lama bergelumang
dalam perusahaan tradisional ini. Sayang sekali jika segala
kemahiran mereka lenyap begitu sahaja. Anda boleh tengok sendiri
dari gambar-gambar yang tertera di sini. Mereka bukanlah calang-calang
orang. Mereka tidak perlu lagi diajar kerana semuanya sudah ada
di dalam kepala bagaimana melakukan sesuatu. Kerana itulah rutin
yang mereka lakukan sejak puluhan tahun. Ia bolehlah diibaratkan
kilang Porche, Ferrari dan juga Lamborghini yang mempunyai
hanya pekerja veteran bagi menyudahkan kereta yang bernilai tinggi.


Kita tidak mampu berbuat apa-apa... yang mampu mengambil
tindakan drastik ini hanyalah pihak berwajib sahaja.
Adakah mereka akan membela kraf warisan ini atau
membiarkan sahaja ia pupus ditelan zaman....
sama-samalah kita tunggu
.

6 comments:

bungeCENGKEH said...

Kita kena jaga, ni kekayaan tradisi kita orang Terengganu, jangan diabaikan dan lemas dalam pembangunan...sedih pula bila baca rencana ni...satu persatu tradisi kita makin malap

Teng Lang Po said...

Industri itu memang menghadapi cabaran yang tidak dapat dibayangkan kerana harga bahan mentah melambong tinggi, pekerja mahir makin kurang, pasaran yang tidak menentu, permintaan lembap, amat sedih sekali jika Perusahaan Wanisma itu tidak dapat diteruskan, satu-satunya tarikan pelancong yang kita boleh rasa bangga kerana setiap kali saya bawak pelancong, perasaan bangga itu adalah deep down kerana itu adalah salah satu dpd produk warisan kita yang masih wujud (baru-baru ini rombongan Prof Chan mengunjungi, mereka betul2 appreciate dan terus sedih apabila diberitahu nasib Wanisma itu, Sigh..
Selain dpd perusahaan tembaga, Keris, Wau, Gasing, Batik & Songket juga perlu diberi perhatian yg serius oleh pihak2 berkaitan

Anonymous said...

pokcik baju oren org kg ambe tuh gong tok nasek...w

1399 said...

If you know where the have reallocated, kindly share and inform. Thanks.

Syuhada Husni said...

wanisma skg pindah dkt dgn perodua kuala ibai, ada lagi satu perusahaan tembaga pok leh, adiguru tembaga, di pulau kerengga, marang.

Rahim Hassain said...

Salam,saya begitu tertarik dengan cerita perusahaan tembaga.Kalau cik Syuhada Husni atau sesiapa ada maklumat dan no telefon tentang perusahaan pok leh,adiguru tembaga,pulau kerengga,Marang ni,harap dapat di kongsikan.Sepengetahuan saya banyak pengusaha tembaga di Trengganu.Harap2 sesiapa ada maklumat dapat membantu saya.t.k. Rahim,Puncak Alam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...