Saturday, March 26, 2011

3rd. Asean Traditional Textiles Symposium


Maaf agak lama tidak menjenguk serta mengwar-warkan perkembangan Terengganu. Ini adalah kerana saya bertugas sebagai 'Official Photographer' (OP) bagi acara '3rd. Asean Traditional Textiles Symposium' yang berlangsung dari 21-22 mac 2011. Namun pada 20 Mac saya sudahpun terlibat dalam mengambil gambar ketibaan para delegasi dari negara-negara Asean di Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan juga di Hotel Riyaz di mana sebahagian besar para delegasi tiba dengan bas dari Kuantan setelah menghadiri acara sambutan oleh Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar di Istana Baginda.


Sesi raptai sehari sebelum acara berlangsung.


Pada malam itu pihak Muzium Negeri Terengganu telah mengadakan acara sambutan dengan majlis makan malam dan juga pertunjukan fesyen pakaian tradisional Terengganu untuk para tetamu. Nampaknya mereka begitu gembira sekali dengan sambutan yang diberikan jelas terpancar dari rauk wajah mereka hingga tidak terasa kepenatan berjalan jauh untuk tiba di Kuala Terengganu. Yang menariknya sebahagian besar dari mereka tiba dengan pakaian tradisi negara masing-masing.


Selepas majlis makan malam mereka melawat galeri Pameran Tektil dan di sana juga terdapat gerai jualan tektil dari negara-negara Asean seperti dari Indonesia, Vietnam, Kemboja dan sebagainya.


Pada 21 Mac 2011 merupakan hari perasmian yang dijadualkan akan disempurnakan oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia namun pada hari tersebut jugalah mangkatnya bonda DYMM Yang Di Pertuan Agong maka segala jadual persembahan dibatalkan serta merta. Yang ada hanyalah ucapan oleh Y.B Dato’ Mohamed bin Awang Tera, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri Terengganu.



Pada hari pertama tersebut dipenuhi dengan acara seminar khusus mengenai tektil dan ianya berlangsung sehingga hari ke dua pada sebelah pagi. Apa yang menariknya pada hari kedua ini ialah kehadiran mengejut Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar. Baginda turut menyertai seminar tersebut dan apa yang menariknya ialah rupa-rupanya baginda adalah seorang yang sangat kelakar, mudah didekati dan sangat selamba orangnya.



Sebaik sahaja seminar berakhir para peserta dibawa melawat bebrapa lokasi berkaitan industri kraf antaranya ialah Habibah Songket, Noor Arfa Batek, Yayasan Di Raja Tuanku Nur Zahirah serta Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu yang mana ke semuanya bertempat di Cendering. Selepas balik semula ke Taman Tamadun Islam untuk makan tengahari mereka berlepas semula ke Pasar Kedai Payang dan juga Bazar Warisan.




Pada sebelah malamnya pula berlangsung acara Red Carpet di mana para peserta bergambar dengan pakaian tradisi masing-masing di satu pentas khas di lobi Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam. Dan diikuti oleh majlis makan malam serta penyampaian hadiah kepada pereka fesyen yang pernah memenangi Pertandingan Malam Gala dan juga kepada para pereka dari kraftangan serta dari negara-negara Asean. Majlis sekali lagi disempurnakan oleh Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar.


Pada masa yang sama bertempat di lobi berlangsung pameran serta gerai jualan yang sebelum ini berlangsung di Muzium Terengganu. Pada malam tersebut saya tiba diumah hampir satu pagi dan keletihannya masih lagi terasa sampai sekarang. Tapi walau apa-pun memang tersa kepuasannya kerana dapat merakam saat-saat indah mereka berada di sini serta dapat juga berkenalan dengan beberapa orang delegasi sewaktu majlis tersebut.

Apapun diharap anda 'enjoy' dengan sebahagian gambar yang ditunjukkan di sini.

1 comments:

cun09 said...

salam...

pengalaman tuuu... bukan sumer org dpt buat 'Official Photographer' ^__^...tahniah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...