Friday, March 4, 2011

Awas! Lembu melintas

Bila anda memandu di Terengganu terdapat beberapa kawasan yang anda kena berhati-hati semasa di jalanraya. Sebabnya ialah ada kemungkinan anda akan terserempak dengan kawanan lembu yang sedang melintas jalan atau secara tiba-tiba melintas jalan tanpa diduga.

Kawasan-kawasan berikut adalah antara yang selalu saya terserempak antaranya ialah:
1) Jalan ke Sekayu
2) Jalan Darat dan Jalan Pantai ke Kelantan
3) Marang
4) Jalan ke Kuala Berang
5) Jalan Jerangau Jabor

Kebiasaannya kalau anda ingin tahu kawasan tersebut banyak lembu senang sahaja. Jika anda melihat papantanda yang bertulis'Awas lembu melintas' bermakna di kawasan itu adalah suatu yang lumrah lembu-lembu melintas jalan sewenang-wenangnya. Ia bagaikan satu pengiktirafan kepada tuan punya lembu untuk membiarkan ternakannya bebas merayau tanpa jagaan. Sudah banyak sebenarnya kes kemalangan bahkan kemalangan maut yang melibatkan lembu atau kerbau melintas jalan.

Tetapi ada sesuatu yang pasti kalau berlaku kemalangan sebegini samada lembu mati atau pun kenderaan rosak teruk... tuan punya lembu tidak akan mengaku sampai bila-bila pun. Kalau mereka mengaku sudah tentu mereka akan disaman kerana cuai.

Sebenarnya dahulu sewaktu zaman Tan Sri Wan Mokhtar menjadi menteri besar, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telahpun membuat tandaan cips atau pun tag pada setiap lembu. Ia berupa seolah-olah kad pengenalan yang mengandungi nombor siri dan juga data tuan punya serta lain-lain yang berkaitan. Kaedah ini berupa jalan paling mudah untuk mengumpul maklumat berkaitan ternakan ini. Tapi sayangnya bila tampuk pemerintahan bertukar benda yang baik seperti ini dihapuskan atas alasan membebankan penternak.

Pada saya kalau sesuatu itu bagus kenapa perlu hentikan? Perbelanjaan saya rasa ianya boleh dikecilkan dengan meminta badan-badan kerajaan yang lain ataupun universiti tempatan merekacipta kaedah terbaik bagi menjimatkan kos. Apa pandangan anda dalam hal ini?

3 comments:

AziE said...

Jalan Marang - Wakaf Tapai penuh dgn tahi lembu. Tak pasti recently tapi kalau dulu MDM pernah keluarkan tender untuk bersihkan tahi lembu atas jalan tu....punnn masih gitu jugak.

Anonymous said...

hmm...jln kuala berang-tok bintang- tanggol-tapu lagi la byk tahi lembunya...sia2 basuh kereta bila pagi2 terpaksa ngelak ke tahi lembu tu..kalau bukan kita yg langgar..terpalit jugak sbb kreta yg b'selisih tu langgar. pagi-pagi boleh tgk, tuan lembu dok ngalau lembu nya ke jalan raya then tinggal kat mn2 suka...kalau x cari di sebelah petang, lembu tersidai tdo d tepi jalan..berak merata...habis kotor jalan....
Di kuala berang, ada kawasan yang dijadikan tempat kurungan untuk lembu-lembu yang berkeliaran..tp buruk gtu jer la..sbb x digunakan..ats jalan...segerombolan lembu dok berjalan...enforcement x kuat walaupun sistem dah ada... MDHT patut beri perhatian hal ni...

Anonymous said...

IQ tuan lembu lagi rendah dari lembu itu sendiri.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...