Saturday, March 12, 2011

Inspirasi Seni Khat TTI 2011 -Satu catatan

Hari ini adalah hari kedua dan terakhir Inspirasi Seni Khat TTI 2011
di Pusat Konvensyen. Semalam saya sempat menghadiri acara pembukaan
oleh Y.T.M Tengku Sri Bendahara Raja, Ahli Majlis Perwakilan
Pemangku Raja Terengganu. Paling menarik perhatian saya ialah
sketsa melukis khat di atas kanvas sambil diiringi kumpulan MOHRAM.
Persembahannya cukup simple tapi memukau apatah lagi
bila mendengar tiupan seruling yang begitu syahdu.




Karya khat dari pelbagai media seperti kanvas, kayu dan juga logam
dipamerkan di dalam satu bilik berasingan. Harganya jangan terkejut,
ada yang mencecah belasan ribu ringgit. Memang puashati bila melihat
mutu kerja yang dipamerkan. Anda boleh melihat sendiri dari
sebahagian gambar yang diletakkan di sini.








Selesai lawatan pameran oleh orang kenamaan majlis
bersambung dengan seminar. Ramai juga pelajar sekolah
yang mengikutinya. Dan pada hari ini akan berlangsung majlis
penyampaian hadiah pertandingan. Jika anda mengikuti blog ini sekarang,
anda masih lagi berkesempatan untuk menjenguk seketika.

Saya sempat bergambar dengan pelukis khat terkenal dunia
yang berasal dari Syria, Adnan Syeikh Osman.

6 comments:

Anonymous said...

it's too late to visit now... waduuhh!!! miss it!

Tolahah said...

Kena selalu tengok blog ini kerana kalau ada acara besar saya akan maklumkan di sini. Pada 20 Mac 2011 ini ada satu lagi acara bertaraf ASEAN akan diadakan di sini. Tunggu artikel berkenaan..

maira adreanna said...

ade ayah saya dlm gmba ni hehe ;p

Tolahah said...

yang mana satu?

cun09 said...

salam

sempat pegi, ptg sabtu...

maira adreanna said...

ahmad nashidi ismail .dlm gmba keempat ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...