Friday, March 11, 2011

Kerja pemunggahan ikan di Pelabuhan Cendering

Tanpa disangka-sangka saya menerima panggilan telefon dari
seorang kawan mengajak untuk mengambil gambar ikan yang baru
dinaikkan di Pelabuhan Cendering. Kebetulan tuan punya bot adalah
sahabat kepada kawan saya tu. Bot ini adalah bot laut dalam
yang mana kerja-kerja penangkapan ikan dilakukan selama
dua tiga hari di laut terbuka dan kemudian baru balik ke pelabuhan.




Sebaik samapai kira-kira pukul 6.30 petang didapati kerja-kerja
pemunggahan serta penyisihan ikan sedang rancak dijalankan.
Masing-masing tahu apa yang patut dibuat. Rupa-rupanya bukan sahaja
bot sahabat kepada kawan saya yang mendaratkan ikan tetapi banyak lagi
bot-bot lain yang juga berbuat demikian pada waktu yang sama.
Anda boleh melihat sendiri dari apa yang dirakamkan di sini.

Di hujung pelabuhan terdapat susunan bot-bot yang telah lama mendarat.
Kru-krunya sedang berehat dan ada juga yang sedang makan malam
sebab waktu sudah menghampiri waktu maghrib. Bila diamati rupa-rupanya
mereka ini adalah warga vietnam berdasarkan tatoo dan percakapan mereka.
Mereka nampak seronok dengan kerja yang mereka lakukan.

Sebenarnya aktiviti sebegini boleh dikatakan berlaku setiap hari
di sini kecuali musim tengkujuh. Jadi bila kita semua berehat di rumah
sambil menonton tv, menunggu untuk makan malam atau bersiap-sedia
untuk menunaikan solat maghrib atau apa sahaja aktiviti,
ingatlah bahawa ada segolongan manusia sedang giat bekerja
memunggah serta mengasingkan ikan bagi keperluan harian kita nun....
di Pelabuhan Cendering.

2 comments:

Anonymous said...

Muroh ikang masa nie...

mcm kat pelabuhan pulau kambing...

Anonymous said...

ingat dulu masa budok2 tahun 80an. ikut ayoh jala sutong kat plabuhan ning. pakat duk berimpung bowoh lampu...pakat dang tebor jala. skali gi..buleh sebaldi sutong. masa tu plabuhan buleh masuk lg.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...