Thursday, March 31, 2011

Kg. Banggol

Salah satu kampung yang terbiar di tengah-tengah Bandaraya Kuala Terengganu
ialah Kampung Banggol. Namun khabarnya ia bakal dibangunkan pada bila-bila
masa sahaja sekarang. Lagipun segala pampasan sudahpun selesai
cuma menunggu masa untuk arahan perpindahan sahaja.



Desas-desus mengatakan bahawa kawasan ini akan dibangunkan
secara usahasama antara YTL dengan Kerajaan Negeri namun sejauh
mana kebenarannya tidaklah dapat saya pastikan. Mungkin pembaca
yang terlibat bolehlah memaklumkan status sebenar di sini.




Bila melihat pada gambar-gambar yang sempat saya rakam
di sini nampaknya keadaan Kampong Banggol ini agak terlalu uzur.
Pada saya memang ada logiknya kalau kampung ini dibangunkan
secepat mungkin agar sepadan dengan kedudukannya yang
strategik di tengah-tengah bandaraya.

Anda boleh menilai sendiri dari gambar yang sempat
saya letakkan di sini. Enjoy!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...