Kira-kira pukul 11.00 pagi semalam (15 Mac 2011) berlangsung satu pameran tekstilbertemakan '1 Asean 1 Jalinan' di Muzium Negeri Terengganu bersempena
dengan 'The 3rd Asean Traditional Textiles Symposium 2011' yang dijadualkan
berlangsung di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam bermula
dari 20-23 mac 2011 ini. Saya akan menjadi jurugambar rasmi
pada acara tersebut, insyaAllah..



Berbalik kepada pameran di Muzium Negeri... kalau kebetulan andamelawat Terengganu, jangan lupa untuk singgah di sini barang seketika
bagi melihat sendiri pelbagai jenis tekstil yang cantik-cantik ke semuanya.
Dan sebahagiannya adalah datangnya dari negara Asia Tenggara seperti
Indonesia, Thailand, Singapura dan lain-lain lagi. Terdapat juga
demontrasi mengecop batik, ikat pelangi, ikat limar, celup benang,
tenun songket dan sebagainya yang berkaitan dengan industri ini.





0 comments:
Post a Comment