Hari Sabtu baru-baru ini saya berpeluang menjenguk seketika Pasar Minggu
di Pekan Manir. Memang sibuk betul suasana ketika itu. Kereta terpaksa
diletakkan jauh-jauh kerana tiada tempat.. penuh! memang tiada
tempat parking pun. Yang ada hanya di tepi-tepi jalan.
di Pekan Manir. Memang sibuk betul suasana ketika itu. Kereta terpaksa
diletakkan jauh-jauh kerana tiada tempat.. penuh! memang tiada
tempat parking pun. Yang ada hanya di tepi-tepi jalan.



Apa yang saya sempat perhatikan ialah di sini adapelbagai-bagai barangan dijual. Dari kuih muih hinggalah kepada
kain langsir, pakaian, kasut, madu.. carilah apa sahaja barangan yang
biasa dijual di pasar-pasar insyaAllah akan jumpa barang tersebut di sini.
Cuma yang seronoknya di pasar ini ialah harganya... lebih murah dari
pasar-pasar lain. Kalau tak percaya cuba anda tandakan harga
yang anda beli di pasar lain dan bandingkan bila membeli di sini.
Tapi maklumat itu adalah apa yang diberitahu oleh isteri saya
yang biasa membeli barangan dapur. Tapi apa yang saya tulis ini
adalah pengalaman di waktu ini, di masa depan kita tak tahu lagi
bagaimana harganya, harap-harap kekal murah sepertimana sekarang.



Dari segi susunatur memang nampak agak bercelaru sikitbuat masa sekarang. InsyaAllah bila pasar baru siap sepenuhnya
nanti keadaan akan menjadi lebih baik dan lalulintas serta parking
akan menjadi lebih terkawal. Kalau anda berpeluang cubalah
berkunjung ke pasar ini sekali dan ia mempunyai
keunikkannya tersendiri.
2 comments:
Manir Maju 2015!
caiyok2!! sy orang manir!! tq masukkan entry paso manir. sy pegi jalan kaki je sebab dkt ngan rumah. paso ni mmg best. penuh org sokmoo!!
Post a Comment