Bermula dari 25 Mei hingga 13 Jun 2011 berlangsung Pameran Tamadun Islam
"Episod 1 - Evolusi Keagungan Warisan dan Kesenian" di Pantai Batu Buruk,
Kuala Terengganu.
"Episod 1 - Evolusi Keagungan Warisan dan Kesenian" di Pantai Batu Buruk,
Kuala Terengganu.




Pelbagai artifak-artifak menarik yang dipamerkan di sini dan sesetengahbarangan sangat unik dan pertama kali dilihat dengan mata kepala sendiri.
Saya sempat bertanya kepada pegawai bertugas perihal barangan yang dipamerkan,
beliau berkata ada yang didatangkan dari Mesir, India dan juga Nusantara.


Antara artifak yang unik di sini ialah pedang, baju besi, peralatan astronomi,alat perubatan Ibn Sina, kereta kuda dan yang paling tertonjol saya kira ialah
alat memotong tangan bagi kesalahan mencuri yang berbentuk kacip sirih
yang didatangkan dari Pattani, Thailand. Mengikut penjaga di situ alat tersebut
perlu sentiasa dikunci kalau tidak ia mampu bergerak sendiri...
fuh.. memang agak menyeramkan. Tapi mungkin ramai juga
yang telah menjadi mangsanya.

Untuk ke pameran ini anda perlu membeli tiket ialitu RM10.00 bagi dewasadan untuk kanak-kanak harganya lebih murah. Katanya akan ada cabutan
bertuah pada hari terakhir pameran tersebut. Oh yaa... pameran ini bermula
pukul 10.00 pagi dan berakhir sehingga pukul 12.00 malam kalau mengikut
pada apa yang tertera pada billboard dan banting serta banner yang
ada di sekitar bandaraya Kuala Terengganu ini.
0 comments:
Post a Comment