Tuesday, May 31, 2011

Pesta Main Pantai di Mengabang Telipot




Tanpa disengajakan sewaktu ingin mengambil gambar di Kampung Mengabang Telipot, terpandang deretan bangsal yang sedang dalam pembinaan di tepi pantai. Rupa-rupanya Pesta Main Pantai yang sangat popular pada waktu dahulu masih lagi diadakan di sini saban tahun. Pesta ini pernah diharamkan sewaktu pemerintahan kerajaan PAS di Terengganu kerana ianya dikaitkan dengan aktiviti pemujaan yang diamalkan mempunyai unsur-unsur syirik.



Pesta Main Pantai ini diadakan di dua tempat yang berlainan iaitu di Pantai Batu Buruk dan juga Pantai Mengabang Telipot. Bagi pesta di Batu Buruk ianya disertai oleh penduduk Kampung Gong Tok Nasek dan sekitarnya manakala bagi acara yang diadakan di Pantai Mengabang Telipot disertai oleh penduduk Kampung Padang Kemunting. Saya diberitahu pada masa acara ini berlangsung nanti boleh dikatakan semuanya penduduk akan berkampung di sini bermula dari 4 Jun (sabtu) hingga 9 Jun (Khamis) 2011. Hanya tinggal segelintir orang-orang tua sahaja bagi menjaga kampung tersebut. Walau bagaimana pun menurut mereka pihak polis telah diberitahu supaya mempertingkatkan kawalan di kampung berkenaan sewaktu pesta berlangsung, maklumlah hampir kesemuanya berkampung di pantai.





Kayu gelam

Dijangkakan banyak acara bakal berlangsung sewaktu pesta ini antaranya ialah sukan rakyat serta persembahan tradisi bagi acara malam seperti permainan wayag kulit dan sebagainya. Untuk mengadakan acara ini sebenarnya banyak juga dugaan yang dihadapi oleh pihak penganjur walaupun ianya diadakan setiap tahun. Antaranya yang saya diberitahu ialah kesukaran mendapat kerjasama dari pihak wakil rakyat sendiri dan juga perkara yang berkaitan dengan masalah kewangan. Namun akhirnya semuanya berjaya diatasi dan pesta ini akan tetap diadakan pada masa yang ditetapkan apatahlagi sudah banyak keringat serta wang ringgit dicurahkan bagi menjayakan acara tahunan ini.


Bagi anda yang meminati bidang penulisan ataupun fotografi saya rasa ini adalah salah satu medan yang baik bagi mengabadikan suasana kehidpan masyarakat setempat yang masih mengamalkan acara tradisi. Kita tidak tahu berapa lama acara ini mampu bertahan dan ini adalah satu-satunya peluang yang ada untuk anda abadikannya.

5 comments:

zacky ~786~ said...

mmg menarik ~ teringin sgt nk g ganu ... lagi2 pulau perhentian.. waaa

Anonymous said...

dalam zaman2 harga barang mahal nie ada lagi yek orang2 yg suka buang masa gini..hehe

lyanafly said...

uhhh..memori zaman kecilku kembali segar dalam ingatan..untuk info, pesta pantai ini atau bahasa org kg 'main pantai'dulu² zaman tok nenek saya diadakan setiap tahun selepas musim menuai padi..kata mak saya, kire nak lepaskan penat menuai la kirenya..setahu saya dulu ade 3 pesta pantai di trg..1)Pesta Pantai Batu Buruk, 2).Pesta Pantai Kg. Padang Kemunting di Pantai Mengabang Telipot and another 1 di Pantai Pengkalan Maras bg penduduk kg. Maras yakni kg saya..heheh..setiap ceruk kawasan yg ade pokok kelapa mesti org kg. akan mencari pelepah pokok kelapa utk buat 'rumah' masing² di pantai tersebut..semua pakat turun and bawak barang² keperluan memasak like tong gas, dapur, tikar etclah utk berkampung kat sana..huhuhu..rindunyer zaman kecik² saya dulu..Last saya 'main pantai' time sek rendah dlm darjah 4 kot tahun 1992..mcm² aktiviti diadakan like pesta sukan rakyat, pertandingan memasak bg kaum ibu, tidak kurang pula di kala malam ade persembahan dikir barat, fun fair..tp itu dulu..sekarang yg akan berlangsung hjg mgu ni x pasti la samaada kemeriahannya akan menyamai zaman dulu atau sebaliknya..alangkah bagus time tersebut sy cuti and boleh balik kg..:)..sorry tuan rumah..panjang pulak saya mengomel kat sini..heheh..secara kebetulan terjumpa blog ni and ade penceritaan pasal pesta pantai..heheh..

Anonymous said...

bukan buang masa, budok2 suka main pantai, bila da penat belaja time cuti turun pantai gi rehatkan minda + berekriasi ngan family. beh tuh.. salam dari pdg kemunting, hidup main pantai :)...

Anonymous said...

tahun ni ad pulok main pata.. pakat mari la di pata sauh, batu rakit..hehehe.. 1/6 ni start turun pata

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...