Sunday, May 8, 2011

Seberang Takir

Seberang Takir... nama yang tidak asing lagi di negara ini. Bila sebut nama ini pasti
orang akan teringat nama penyajak tersohor yang cacat penglihatan..
Allahyarham JM Aziz yang terkenal dengan sajaknya 'Penyu Menangis'
yang kemudiannya dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman kalau tidak silap saya.







Sebenarnya Kampung Seberang Takir adalah merupakan satu
perkampungan nelayan sejak berzaman lamanya. banyak aktiviti yang
berlaku di sini adalah berkisar kepada hasil tangkapan nelayan di sini.
Umpamanya membuat keropok lekor, menjual belacan serta p
elbagai hasil yang berasaskan sumber dari laut.

Tapi sesuatu yang perlu kita akui ialah perkampungan ini
masih lagi kotor serta tidak terurus seperti dulu juga. Mungkin pihak
berwajib kena fikirkan apakah langkah-langkah yang perlu diambil selepas ini.
Kenapa? Untuk pengetahuan semua... lokasi ini adalah salah satu lokasi tumpuan pelancong terutamanya yang ingin melihat sendiri suasana kehidupan keluarga nelayan. Ada juga yang datang kerana ingin membeli hasil laut.

Mungkin ada yang tidak kisah dengan apa yang dilihat tapi apa kata
jika yang datang itu adalah mereka yang mempunyai pengaruh dalam media...
terutama media asing. Ketika itu kalau perihal kekotoran ini sudah diterbitkan
di media cetak barulah ternganga tidak mampu berkata apa-apa pun
sebab sudah terlambat.


Saya selalu juga sekali sekala berkunjung ke sini. Tapi lebih kepada
mengambil gambar sahaja. Samada untuk simpanan sendiri ataupun
kerana 'assignment' kerja. Mungkin gambar-gambar yang anda lihat di sini
nanti sekurang-kurangnya akan membuka mata dan minda kita semua
perihal kehidupan mereka.

2 comments:

UniMeOw said...

x sabar nak pegi sbrg takir..
cuti sem ni kami buat bakti siswa kat sana...
(xcted 1st time jejak kaki kat ganu..hehe)

Hamba Ilahi said...

cantiknya gambar..
indah terasa..

btw saya follow anda, feel free to folow me back.


ustazah yang cantik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...