Saya rasa anda pernah mengikuti posting saya mengenai terowong ini satu ketika dahulu. Dan masalah ini saya telah letakkan di laman facebook Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan juga forum tranungkite.net untuk tindakan pihak yang membacanya. Bayangkan sudah berapa lama ianya berlaku. Dan hari ini keadaan sudah sampai kemuncaknya, sangat teruk dan dhaif.
Memalukan! itu sahaja yang mampu diperkatakan. Tempat ini menjadi tumpuan pengunjung dari luar Terengganu samada dengan bas ataupun kereta persendirian. Lebih-lebih lagi bila hari cuti hujung minggu dan juga cuti persekolahan. Saya rasa memang telah ramai sedar tentang perkara ini dan apa yang mereka mampu katakan... tidak ada, sekadar menggelengkan kepala sahaja. Tetapi sebenarnya mereka lupa mereka juga mempunyai saham dalam pembinaan terowong ini melalui bentuk cukai yang dikutip.
Sayangnya ianya menjadi sesuatu yang membazir. Lebih malang lagi ia memberikan imej yang buruk kepada 'bandaraya' Kuala Terengganu. Harap selepas ini akan ada tindakan yang drastik serta pemantauan yang berkala di sini. Ia juga sangat berpotensi sebagi tempat pembiakan nyamuk serta tempat membuang air kecil. Jika tidak... lebih baik fikirkan sesuatu yang lebih berfaedah kepada orang ramai.
Link berkaitan:
(Tarikh 2 Mac 2011 - air baru mulai memenuhi ruang)
4 comments:
tu masalahnya. susah nak buat aduan, tak ada jalan.
tranung.net tu bukan tempat aduan. tu cuma forum terbuka, dan orang yang baca pun tidak ada autoriti nak ambil tindakan.
facebook mbkt rasanya bukan mpkt yang admin. sebab saya tengok banyak betul spam dalam tu. jadi aduan kalau letak dalam tu pun macam angin lalu saja.
apa kata tulis surat saja terus pada MB? Datuk Ahmad Said memang cepat ambil tindakan, terus dia buat.
Kalau MB ada fb kan bagus.. cepat sikit nak tampal link. Tulis2 surat ni payah sket.
erm....ni kalu masok tv baru la nk gerok..selagi xmasuk tv,paper...slagi tu la keadaan tu mcm wat xtau jer...bnyak keje pon kat bank2...kutip duit..satu lagi xpuas ati,bab jalan raya area ladang ke astaka tu di sehalakan...mnyebabkan sesak di sesetengah tmpat...
*mengelengkan kepala..*
Memalukan sangat tu,
menggelengkan kepala dengan tidak percaya, walaubagaimanapun terima kasih diatas liputan,
Lorenz
Post a Comment