

Jika anda ke Kampung Cina anda akan dapati terdapat banyak lorong-lorong kecil yang menghubungkan di antara jalan di hadapan rumah kedai degan jalan belakang yang menghadap Pulau Warisan. Lorong-lorong ini hanyalah lorong biasa sahaja. Tetapi kini hampir kesemua lorong akan diperindahkan dengan tema-tema tertentu bagi menarik pelancong. Hasrat ini dinyatakan sendiri oleh YB Toh sewaktu pertemuan saya dengan beliau suatu ketika dahulu.
Sila klik 720p atau 1080p untuk HD video.
Salah satu lorong yang telah dikenalpasti dinamakan 'Lorong Penyu'. Keputusan menamakan lorong ini dibuat sebaik sahaja tamat sukan hari keluarga masyarakat Kampung Cina sempena menyambut Tahun Baru Cina (Tahun Arnab) yang mana berlangsungnya perlumbaan antara arnab dan penyu yang mana akhirnya dimenangi oleh pasukan penyu.
Orang yang bertanggungjawab merealisasikan projek ini ialah Prof. Chan Eng Heng, bekas pensyarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Beliau dan pasukannya bertungkus lumus menyiapkan projek ini dengan sokongan padu oleh YB Toh. Tidak berapa lama lagi kita akan dapat melihat dengan jelas apa yang dinyatakan oleh Prof. Chan apabila semuanya siap sebagaimana dirancangkan.


5 comments:
Tolahah, terima kasih diatas liputan yang sungguh bermakna itu, saya berpendapat memang jauh lagi orang2 kite dalam amalan menjaga kebersihan dan anti-vandalism, apa lagi tempat umum,
Lorenz
Sama-sama Lorenz. Saya juga kagum sebenarnya tengok masyarakat Cina yang sentiasa kreatif ni. Jadi dengan membuat liputan sebegini diharap akan membuka idea kepada orang lain untuk mengindahkan tempat masing-masing.
Tolahah, nanti bila Turtle Alley itu sudah siap sepenuhnya dan dibuka, kami jemput Tolahah buat liputan lagi, OK? :D
Boleh saja.. tapi beritahu awal sikit.
tolong war2 kn kt blog ye tolahah, sbb amber nk g jengok gatek dehh.
Post a Comment