
Semalam bermulalah acara sebenar bagi peserta jambori pengakap. Ada dua
aktiviti berlainan sebenarnya berlaku semalam secara serentak iaitu aktiviti lasak
dan juga aktiviti air. Saya tunjukkan dulu gambar-gambar aktiviti air
yang sempat saya rakam.


Aktiviti dilangsungkan di Seberang Takir iaitu di bawah jambatan pendek
menghala ke Ulu Takir. Seronok juga bila dilihat dari riak wajah mereka.
Walaupun saya pergi agak lewat iaitu pukul 11.30 pagi dan cahaya matahari
terik di atas kepala namun gambar tetap perlu dirakam sebagai bahan sejarah.


Harap anda terhibur dengan sedikit gambar yang ditayangkan di sini.
0 comments:
Post a Comment