Sunday, June 19, 2011

Ribut di Kuala Terengganu


Semalam berlaku ribut yang agak kencang. Khabarnya banyak pokok yang tumbang dan mengikut cakap-cakap di sebelah Marang tak kurang juga hebatnya. Pagi tadi sempat meninjau sekejap di kawasan Batu Buruk dan Shahbandar. Boleh tahan jugalah kesannya walaupun masa berlakunya ribut itu semalam sekadar dalam lingkungan setengah jam sahaja.

Di batu Buruk saya diberitahu ada sebuah kereta (kancil) yang dihempap pokok yang tumbang, cuma nasib baiknya pemandu tidak cedera kerana ditimpa hujung-hujung pokok sahaja dan tidak dihempap batang pokok yang besar (ada dalam video).

Tak tahulah bagaimana nak bayangkan bagaimana agaknya kalau kita dilanda taufan tahap 5 sebagaimana yang menimpa di negara-negara lain, nauzubillah....

9 comments:

cikdidasyuhada said...

takotnye..pokok bapok besor gitu pon terbalik? cabut akor abis..bahye ngat..

Tolahah said...

memang bahyer.... pokok tu aarrr hok bahang kreta kkaccil tow...

nik nazlyne said...
This comment has been removed by the author.
zack said...

assalamualaikum :) sy nok pinjam video ni nk letok kt blog buleh? tenkiuu ... sy dok letok lagi nie.. sy mitok izin tuan rumoh dulu ...

Tolahah said...

waalaikummussalam.... zack, dok ppayoh pinjanglah, ambik truh. hehehe

UmmAbdrahmaan said...

rumah saya terkena tempias ribut malam itu jugak.... Alhamdulillah, 15 keping atap sudah berganti....

zalieda said...

Subhanallah, dok se'ke pulok teruk gok ribut di nung.. ingat kang skit je...

pelf said...

Pada masa ribut melanda, saya dan kawan-kawan (rombongan 4 buah kereta) tengah menyaksikan penyu bertelur di Kemaman. Kami sangat bernasib baik kerana cuaca di Kemaman pada malam itu sangat baik, dan perjalanan balik kami dari Kemaman juga sangat lancar :D

||xXx|| said...

owoh......orang kate kat shahbandar malam ade orng mati.....btl ke x nih?...kene hempak di pokok

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...