Bila tiba cuti persekolahan terutamanya, mencari tempat tinggal adalah merupakan sesuatu yang perlu diutamakan. Ini adalah kerana pada waktu itu kebanyakan hotel dan resort adalah menjadi tumpuan utama dan pada kebiasaannya sentiasa penuh kerana telah ditempah awal oleh mereka yang mempunyai urusan.

Bagi mengisi kekosongan tersebut maka SERI IBAI PERMAI merupakan sebuahpenginapan 'homestay' yang patut anda masukkan di dalam senarai anda bila sahaja
ingin berkunjung ke Terengganu. Homestay ini baru sahaja siap dinaiktaraf
dan tidak syak lagi ia merupakan sebuah penginapan yang sangat selesa
untuk anda sekeluarga.
SERI IBAI PERMAI terletak di Kuala Ibai iaitu kira-kira
enam kilometer dari pusat bandar Kuala Terengganu manakala kedudukannya
dengan Masjid Terapung dan juga TER (Terengganu Equistarian Resort)
begitu hampir iaitu lebih kurang 500-700 meter sahaja. Selain dari itu ia juga
berdekatan dengan Taman Rekreasi lagoon Kuala Ibai, Pusat Kraf Noor Arfa Batek,
Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu, Pusat Songket Yayasan Nur Zahirah
dan jika anda mengidamkan nasi dagang dan keropok lekor Terengganu
maka penginapan ini merupakan pilihan yang sangat tepat.

SERI IBAI PERMAI mempunyai tiga jenis bilik iaitu yang berharga RM100.00 semalaman
(3 unit - Peti ais / water heater-kettle), RM80.00 semalaman (10 unit) dan
RM70.00 semalaman (2 unit). Kesemua bilik mempunyai aircond dan TV. Selain dari itu
SERI IBAI PERMAI ini juga dilengkapi dengan CCTV (Keselamatan) dan juga
perkhidmatan internet (WiFi) yang disediakan secara percuma kepada para pelanggan.

Waktu 'Check-in' adalah pada pukul 2.00 petang manakala 'Check-out' pada pukul
12.00 tengahari (boleh bincang jika tidak ada kekosongan bilik lain).
Untuk lebih memudahkan anda berkunjung ke sini sila setkan GPS anda
ke - N 05 17.704' E 103 09.989'.
12.00 tengahari (boleh bincang jika tidak ada kekosongan bilik lain).
Untuk lebih memudahkan anda berkunjung ke sini sila setkan GPS anda
ke - N 05 17.704' E 103 09.989'.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:
SERI IBAI PERMAI
987, Jalan Sultan Mahmud,
Kuala Ibai,
20100 Kuala Terengganu.
Tel: 09-6170157
HP: 013-9928855

0 comments:
Post a Comment