Wednesday, July 27, 2011

Detik-detik terakhir Pasar Kedai Buloh


Pekan Kedai Buluh yang masih mempunyai deretan kedai-kedai kayu.



Dua tiga hari lepas saya mendapat maklumat yang peniaga Pasar Kedai Buluh
akan berpindah ke pasar baru yang lebih moden. Dan pada hari esok 28 Julai 2011
ianya dijangka akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu,
Dato' Ahmad bin Said.

Pada masa blog ini ditulis saya rasa kesemuanya telahpun berpindah cuma
menunggu masa dan ketika untuk majlis perasmian sahaja. Sebenarnya inilah
kunjungan pertama saya ke pasar ini. Sebelumnya hanya lalu di tepinya sahaja
kalau mengambil laluan dari Bukit Payung ke Chendering atau sebaliknya.

Sungguhpun Pasar Kedai Buluh ini nampak usang tapi saya tengok
banyak juga jualan kuih-muih dijalankan di sini selain dari keperluan
dapur yang lain. Mengikut maklumbalas yang diterima khabarnya
harga makanan di sini agak murah jika dibandingkan dengan
pasar-pasar yang lainnya. Dan baru saya tahu rupa-rupanya pasar ini
diperbuat daripada buluh pada peringkat permulaannya dan
berubah selepas itu mengikut keperluan semasa.


5 comments:

Cik Minah Tonggek... said...

hihihi..... wattang, mammang, da wuluh syooo kkali...!!

budakli said...

best2 Cg... pic & story kemah :D

Al-Manar said...

Macang mane molekpung hok baru tok kang sama hok lame, hokm kite ge sokmor.

I suppose the new one will be equipped with desk-tops etc for the sellers, in the normal Terengganu fabulous stlye.

Selamat berpuasa

Anonymous said...

alahaiii dah xde dah kedai buluh ni? sya suke p sini sebab harganya mmg lg murah dr tmpt lain

Anonymous said...

rindunyer tmpat shopping mse kecik2 nie..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...