Wednesday, July 13, 2011

Raja buah kembali



Durian! atau lebih dikenali sebagai 'Raja Buah' telah datang kembali.
Di Kuala Terengganu, pusatnya ialah di Pasar Kedai Payang. Kalau hendak
tengok betapa meriahnya pesta durian ini... datanglah waktu malam.
Pergghhh... sibuk sekali jalan di sini umpama musim perayaan.



Terdapat pelbagai jenis spesis kacukan boleh didapati. Ada yang belum
pernah dengar sebelum ini pun ada. Kalau dulu yang biasa didengar
hanyalah D24 sahaja kini ada D101, D88...
Macam jenama seluar Levis 501 pulak hehehehe...

Yang bestnya bila ada yang buat lelongan, hiruk pikuk dan cukup kelakar.
Biasanya mana-mana penjual yang boleh membuat gimik sedemikian
maka akan cepat habislah jualannya sebab orang akan berkumpul ke situ.
Jadi kalau pada waktu ini kebetulan anda berada di Kuala Terengganu
jangan lupa untuk singgah ke Pasar Kedai Payang pada waktu malam
dan alami sendiri suasana jualan 'raja buah' ini.

2 comments:

YAYA AZURA said...

saya dah serbu pasar payang..memang meriah ...lepas hajat nak makan durian tempatan ...

teratai said...

kat sini dulu area depan masjid besar kuantan...kini dah pindah entah ke mana!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...