Thursday, August 25, 2011

Baikpulih Bazar Warisan


Kerja-kerja membaikpulih Bazar Warisan sedang berjalan sekarang. Saya diberitahu oleh peniaga di situ bahawa hampir RM1 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja ini. Pagar kayu sudah digantikan dengan pagar simen dan nampaknya jauh lebih selamat jika dibandingkan dari sebelum ini yang boleh mengobankan mangsa bila-bila masa sahaja. Sila baca artikel terdahulu di sini.


Seingat saya ini sudah kali kedua bazar ini dibaikpulih. Harap-harap kali ini ia mampu bertahan untuk jangka masa yang lama. Apa yang perlu dibuat sekarang ialah memperluaskan promosi bazar ini kerana orang ramai seolah-olah takut untuk berkunjung ke sini mungkin kerana menyangkakan harga barangan di sini mahal berbanding dengan produk yang sama di Pasar Kedai Payang. 





3 comments:

NeoBalanoCarpus said...

x ajin masuk agi ssining..gane gamok brg2 dia?.muroh owk cg?

Hazirah Mustaffa Kamal said...

masa mula2 buka ada peniaga kat situ yang bagi diskaun lebih dari kedai payang. masalahnya memang takdop orang pergi rasanya.

tapi ada je peniaga kedai payang yang buka cawangan baru di bazar warisan tu. peniaga sama je. :p

Tolahah said...

betul tu hazirah... sebahagiannya adalah peniaga pasar payang yang buka cawangan di situ. harganya lebihkurang jer saya rasa cuma orang takut nak masuk sebab ingat mahal.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...