Monday, August 22, 2011

Bazar Ramadhan Shah Bandar


Berkunjung ke Bazar ramadhan adalah sesuatu yang menyeronokkan tertama kepada golongan bujang atau yang berkejaya kerana kongkongan waktu untuk menyediakan sendiri juadah berbuka dan bersahur. Di Kuala Terengganu salah satu tempat yang tersohor adalah di Shah Bandar. Deretan gerai dengan pelbagai-bagai juadah boleh didapati di sini. Sesetengah juadah yang boleh dilihat psemasa bula puasa ini sahaja sebab amat jarang boleh berjumpa di bulan lain seperti nekbat contohnya. 



Pengunjung cukup ramai di sini sehinggakan untuk mengambil gambar pun tidak ada ruang, terpaksa ke kawasan lapang baru boleh snap. Perghh... 

Di sini kawasannya cukup besar dan dibahagikan kepada beberapa bahagian termasuklah pakaian. Yang paling sibuk sudah tentulah bahagian makanan. Disebabkan saya pergi agak lewat petang dan sudah hampir dengan waktu berbuka saya terpaksa ambik gambar cepat-cepat dan sempat jugalah memerhatikan bagaimana bisnes di sini. Sesetengah gerai nampaknya masih banyak makanan yang belum dibeli jadi bagaimana agaknya hasil jualan mereka pada hari tersebut... untung, balik modal atau rugi? Bagaimana pula makanan yang berlebihan tadi... buang, simpan, sedekah kat surau masjid, atau...? 




Ayam pusing adalah antara makanan yang banyak terdapat semasa bulan puasa sahaja. Kenapa payah didapati pada bulan-bulan yang lain? Kadang-kadang susah juga nak faham dengan bisnes bermusim ni walhal ia adalah antara makanan yang 'top 10' semasa bula puasa ini. 



6 comments:

wida said...

siap berbuka ramai2 kat shahbandar tu..meriah sungguh

Nuraidil said...

...lepas ni boleh buat Bisnes ayam golek la pulak...buleh wat seminggu sekali kat Pasar Malam... :D

Tolahah said...

Setuju dengan nuraidil.. patut ambik peluang tu. Sebenarnya ramai orang cari tapi tak jumpa kat mana orang jual.

-Sara- said...

sedapnyaaa..kapung ambe gok nikmat nok makang hok sedap2..tak mcm kl nii..blk nnt insyAllah nk singgoh bazar shahbandor ni :)

Hazirah Mustaffa Kamal said...

ya Allah memang dok larat nok g bazar syahbandar tu. sesakk

Pakcik Botak said...

memang sesak pun....batu 6 dan pengadang baru pun sesak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...