Monday, September 26, 2011

Masjid Raja Cendering


Suatu ketika dahulu saya pernah menerbitkan satu artikel berkenaan masjid ini dalam
bentuk model sewaktu ianya masih dalam pembinaan. Hari ini saya
pergi sendiri ke masjid itu untuk merakam suasana sebenar masjid itu dalam keadaan
ianya hampir siap sepenuhnya. Masjid ini terletak di Cendering dan boleh dilihat di sebelah kiri
jika anda dalam perjalanan ke Marang dari Kuala Terengganu. 
Di sekitar kawasan inilah terletaknya deretan kedai nasi dagang yang terkenal itu.

Masjid ini telahpun dibuka kepada umum sebelum tibanya bulan puasa baru-baru ini. 
Walaubagaimana pun saya difahamkan ianya masih belum diserahkan oleh pihak 
kontraktor terlibat dan sewaktu saya di sana masih ada kerja-kerja elektrikal masih berjalan.


Seimbas lalu masjid ini bagaikan kembar kembar Masjid Zainal Abidin (Masjid Putih) di pusat
bandar. Namun bila melihat sendiri di dalamnya ianya jauh berbeza.   





Ciri-ciri yang paling ketara sekali pada masjid ini ialah ukirannya. Cuma bahannya
bukanlah ukiran kayu tetapi seakan simen. Saya tidak tahu apakah nama sebenar yang dipanggil
tetapi jika anda dalam bidang senibina sudah tentu anda boleh menamakannya. 




Ruangan solat. 




Tempat meletak Al-Quran dan kitab-kitab. 



Pada pemerhatian saya kerawang yang ada di sini memerlukan penjagaan yang rapi oleh
pihak pengurusan masjid. Mungkin mereka boleh melantik kontraktor pembersihan yang membersihnya secara berkala. Salah satu masalahnya ialah 'burung' yang akan membuat sarang dan juga sarang
labah-labah dan juga habuk-habuk yang akan melekat dan mengotorkannya.




Bila melihat peti ini saya sudah dapat merasakan masjid kini tidak lagi menjadi 
tempat yang selamat. Pencuri sudah tidak mempedulikan 'penciptanya' lagi.



Masjid yang 'gah' perlulah dipersembahkan dengan persekitaran yang teratur dan kemas.
Keadaan seperti ini akan memberikan imej yang tidak baik kepada AJK masjid ini sendiri kelak
kerana sudah tentu ia akan menjadi tumpuan pelancong serta para musafir. 

Saya terlupa untuk masuk ke tandas cuma harapnya janganlah sampai ada
yang tidak mempunyai kunci atau tidak boleh dipam sebagaimana  sesetengah
masjid yang terdapat di negeri ini. Memang memalukan imej masjid itu sendiri dan
secara tidak langsung terpalit kepada Islam yang mengutamakan kebersihan. 

3 comments:

Anonymous said...

a'ah menara sebiji masjid abidin / masjid putih .. alhamdulillah nk siap dah.. cantik masjid ni

Anonymous said...

cantik masjid ni.. cuma yang musykilnya, sebesar2 masjid ni, ada 4-6 biji tandas.. tandas plak dah nmpk bermasalah dengan pam nye rosak..

Tolahah said...

masjid ini akan menjadi masjid 'yang bermasalah' kalau tak jaga betul-betul dari sekarang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...