Thursday, September 29, 2011

Seketika di Jeti Perikanan Pulau Kambing


Pernahkah anda melihat ikan segar yang baru dinaikkan dari laut? kebetulan saya berkesempatan
untuk merakam serta melihat sendiri suasana tempat pendaratan ikan di Pulau kambing, Kuala Terengganu. Selepas subuh saya ke sana dengan satu tujuan untuk melihat
nelayan memunggah ikan dari bot ke jeti tetapi hampa kerana rupanya mereka
mendaratkan tangkapan lebih awal iaitu kira-kira pukul 4.00 pagi. 

Cuba anda lihat sendiri ikan yang ada di sini, mata masih jernih berkilat. Memang segar...


Masing-masing sibuk dengan hal sendiri, bagaikan sebuah pasaran saham lagaknya.
Orang Terengganu panggil.. 'riuh ddamat', 'bising bangor' bak kata orang 
'sampai turrik teliga'... Mungkin inilah kata yang paling sesuai bagi menggambarkan
suasana hiruk pikuk disini.


Pelbagai aktiviti dilakukan di sini.






... dan suasana begini berlangsung setiap hari berulang-ulang....

2 comments:

marinahunny said...

sape nok beli ikang muroh g la awal2 pagi..

Anonymous said...

dulu zaman 70an pot mat ganja, lenning dok tahu al ambe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...