Friday, September 30, 2011

Sekitar Majlis Pelancaran 'RV Discovery'


Pagi ini berlangsung Majlis Pelancaran Kapal Penyelidikan 'RV ('Research Vessel) Discovery' milik
Universiti Malaysia Terengganu bertempat di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa,
Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Kapal ini dibina bagi tujuan kajian saintifik berkaitan 
bidang Oseanografi dan Teknologi Marin. Seusai dengan motto UMT 'Terokaan Seluas Lautan'. 


Kos membina kapal ini adalah sebanyak RM13 juta tidak termasuk kelengkapan. 
Saya juga difahamkan ia berkeupayaan memproses air laut untuk dijadikan 
sumber air minuman. Selain dari itu tangki minyaknya mampu menampung 52,000 liter
yang mana menelan belanja sekitar RM130,000.00. Cukup untuk pergi ke Sabah dan 
berpatah balik mungkin setengah perjalanan baru perlu diisi semula.    


Antara anak kapal yang sentiasa bersiap sedia bagi menempuh lautan yang penuh cabaran.





Raja Permaisuri Agong sedang menandatangani plak perasmian. 


Beginilah suasana sekitar ketika majlis berlangsung.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...