Perlumbaan Perahu Panjang memang terkenal bagi penduduk Kg. Jeram dan sekitarnya.
Ia adalah merupakan satu kejohanan yang dilangsungkan sejak turun-temurun di sana
dan seringkali menyertai kejohanan jemputan bagi acara-acara lain yang dianjurkan oleh
kerajaan Negeri Terengganu.
Saya tidak pasti samada ianya dilangsungkan setahun sekali atau dua tahun sekali
kerana tidak mempunyai maklumat tentang itu. Diharap sesiapa yang ada membaca artikel ini
dapat memberikan maklumat tambahan supaya ianya dapat memebrikan
panduan kepada pembaca lain untuk mengikutinya secara langsung di lain masa.
Kebetulan pada masa acara ini ada kenalan yang memberitahu jadi sempatlah merakam suasana
ketika kejohanan berlangsung. Selain lumba perahu ada juga sukan rakyat dan acara
sampingan lain yang dijalankan serentak. Apa yang saya kagum ialah hubungan yang
akrab antara YB kawasan ini dalam menjaga hubungan dengan penduduk sekitar.
Semoga ianya turut menjadi contoh kepada YB kawasan-kawasan lain juga
dan bukan hanya menunjukkan muka ketika hampir pilihanraya sahaja.
Pertandingan masakan dan seni kraf pendduk setempat turut sama diadakan.
Antara penonton yang hadir menyaksikan kejohanan tersebut.
Perlumbaan sampan juga turut diadakan. Dua orang satu pasukan.







5 comments:
Dulu mase ambe kecik2 sekitar tahun 1980-an, gi tengok sokmo lumbe prahu ni...mmg ade sokmo tiap2 kali cuti hari merdeka...kalu dok di jeram, die wat di kalang tok jiring, mlm gi tengok konsert ella n boys di padang bola tok jiring..lening dok tau ar plok..suke ar teingat mase tengok lumbe prahu nih..
Mmm... Pernah naik perahu jalur kat sungai jeram...sampai jeram kami turun angkat perahu ... Lepas jeram kami masuk perahu semula... Tu awal tahun 1980.... Sempat singgah tengok tokong cina bila berenti bernafas letih angkat perahu.... Huhuhuhu....
YB kawasan lain pun aktif jugak, admin pernah melawat ke semua kawasan ke?
mata hati > hahaha.. kalau YB kawasan lain aktif jugak baguslah, semoga ianya berterusan begitu dan rakyat mendapat manfaat darinya.
assalamualaikum...saya cadang kite bincang bahasa ulu, bahasa kuala berang...
Post a Comment