Tuesday, October 25, 2011

Pasar Minggu Padang Hiliran


Tahukah anda Pasar Minggu Chabang Tiga sudah pun tiada? Kini ia sudah dipindahkan
ke Padang Hiliran berhampiran Pasaraya Besar Giant dan juga Flat Polis/Flat Awam Padang Hiliran.
Ini adalah kerana kerja-kerja mendirikan bangunan baru (kedai) sedang dijalankan
di tapak letak kereta di Pasar Chabang Tiga pada masa sekarang. 


Pasar Minggu yang diadakan di Padang Hiliran ini berlangsung pada setiap hari Sabtu
pada sebelah petang sehingga malam. Saya sekeluarga pernah 
membeli makanan di sini dan setakat hari ini Alhamdulillah masih berpuashati
dengan kualiti serta kesedapan makanan yang dibeli.



Pelbagai jenis hidangan serta pakaian termasuk permainan kanak-kanak dijual di sini. 
Jika anda terasa ingin menikmati masakan di sini, datanglah pada hari Sabtu ini.
Jangan lupa mengajak anak isteri serta sahabat handai berkunjung ke sini. 

2 comments:

bloghok said...

wahhhhhhhhhhhh...na na na ganu kite

cun09 said...

salam...

lama dok buka kotak komen niii :)

sejak pasar minggu nii pindah dr pasar c.3 lama dok 'jln2 cari mkn'...rasa mcm jauh dr losong ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...