Monday, October 3, 2011

Sejenak di Gua Bewah, Tasik Kenyir

Sebenarnya sudah agak lama saya tidak ke Tasik Kenyir. Gambar-gambar yang ada dibawah
diambil pada 29 Ogos 2008 dahulu. Walaubagaimana pun saya rasa tidaklah banyak
perubahan pada tempat yang saya paparkan pada topik kali ini dibandingkan dengan sekarang. 

Pada kali ini saya akan menyentuh tentang Gua Bewah. Apakah keistimewaan yang ada 
pada gua ini? Jika kita bertolak dengan bot laju dari Pangkalan Gawi perjalanan akan mengambil 
masa lebihkurang satu jam atau lebih. Bagi yang pertama kali ke sini 
pasti akan tertanya-tanya bilalah agaknya akan sampai sebab sepanjang perjalanan tidak
ada apa yang dapat dilihat kecuali air, bukit bukau dan pulau (sebenarnya puncak bukit)
serta batang pokok di dalam air yang tidak sempat ditebang semasa projek 
empangan dahulu. Memang agak membosankan. Kalau bernasib baik anda akan 
nampak burung terbang sekali sekala. 




Mungkin salah satu penempatan yang akan menarik perhatian anda ialah
bangunan ini. Ia adalah kepunyaan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar ataupun PERHILITAN.
Saya tidak pasti samada ianya untuk kegunaan jabatan sahaja ataupun dibuka
kepada orang luar. Kompleks ini terletak di Tanjung Mentong.


Pengalaman saya sewaktu singgah sekejap di sini sangat mendukacitakan. Tetapi ini adalah
cerita tiga tahun lampau. Sekarang harap-harap sudah berubah. Kompleks ini 
pada saya sangat gah. Cukup baik sekali lokasi dan binaan yang ada tetapi
sayangnya tidak dijaga dengan sempurna. Semasa saya singgah di sini tidak ada seorang pun
yang ada. Banyak struktur telah rosak akibat terabai penyelenggaraannya. 

Nyamuk? cukup banyak.. walaupun siang hari sewaktu panas terik. Nyamuk-nyamuk
ini akan mengelilingi saya secara berkumpulan dan besar-besar pula saiznya. Kalau 
ditepis sekalipun ia tetapi akan menghurungi. Ngerii betul...  



Pada pandangan peribadi saya kalaulah apa yang saya tengok 3 tahun dahulu 
masih berterusan hingga kini (harap-harap tidak) maka sahlah ini ianya adalah salah satu projek
gajah putih yang membazirkan wang cukai rakyat. Memang sayang sekali sebab tempat
cukup strategik tetapi tidak ada langkah bagi mengindahkan serta membuat sesuatu
supaya ianya menjadi salah satu tumpuan pelancong. 

Kalau ada mini zoo pun sekurang-kurangnya adalah juga yang menjadi penyebab
untuk pengunjung singgah di sini tambah-tambah lagi kalau chaletnya dibuka kepada 
orangramai. Pada saya masyakat sebenarnya tidak kisah sangat dikenakan bayaran
tetapi biarlah setimpal dengan produk yang diberikan. 



Dari Tanjung Mentong saya terus beredar ke Gua Bewah. Dalam perjalanan kalau bernasib
baik kelak anda akan temui orang asli di tepi tasik. Mereka ini tidak tinggal setempat, selalu
berpindah dan amat pemalu untuk diambil gambar. 

Ini adalah Gua Bewah dari jauh. Terletak di atas 'puncak bukit' yang tinggi sewaktu
belum ditenggelami air dahulu. Begitu cantik sekali pemandangan di sini lebih-lebih lagi
kalau tiba di awal pagi. Anda akan dapat melihat awan menutupi puncaknya. 



Beginilah keadaanya bila kita menghampirinya. Insfastukturnya tersedia..
lengkap dengan jeti dan tangga sampai ke atas. Kalau dahulu anda terpaksa 
meniti di tebing yang curam untuk ke gua ini, cukup merbahaya.  



Sesampai di atas anda akan melihat sebuah bilik pameran dibuat seperti 
rumah tradisi Terengganu. Di dalamnya ada pelbgai maklumat berkenaan gua ini termasuk
contoh-contoh batu serta penemuan-penemuan arkeologi di sini.  




Beginilah rupanya pemandangan gua ini dari luar di sebelah atas. 


Tempat ini masih lagi dikaji oleh pihak Muzium Negeri Terengganu.





Ini pula pemandangan di sebelah dalam gua ini. Lampu-lampu yang menyala 
menggunakan tenaga solar. Cukup menarik sebab ianya dibuat dalam warna-warni. 
Saya kira alang-alang anda berkunjung ke Tasik Kenyir jangan lupa masukkan
lawatan ke sini dalam jadual anda kelak.  

5 comments:

missalongwani said...

baru pergi sebelum puasa ritu..skarang gua bewah jd tempat seram...lampu dah xder...wiring dicuri..sedih sgt..nasib baik nmpak gajah kat sekitar guan aper eh yang satu lagi tuh.epi la jugak..kat tmpat chalet tu pon skarang dh ade org nmpaknya...bilik2 dia pon kemas j mase pergi hari tuh.tp xbermalam r..mlm xtau la plak camner...huhuh.

Tolahah said...

Gua satu lagi tu namanya Gua Taat. terima kasih kerana memberikan info terkini pasa Gua Bewah dan Chalet Perhilitan tu.

Anonymous said...

missalongwani: boleh tahu brp lama kena naik bot utk sampai ke gua bewah... brp pulak kena caj?

Tolahah said...

Masa lebihkurang 1jam lebih sikit kalau tak silap dan caj saya tak tahu sebab saya pergi dengan bot laju KETENGAH atas urusan kerja.

Anonymous said...

boleh tahan jauh jugak tu... ambe org tranung tapi dok rajing naik bot di kenyir..bot nambang s. takir pernohlah. tq boh... kalau ada pics pasal pulau2 tolong upload etek.. ingat nok gi pulau gok skali sblm mari musim tengkujuh kekgi. mat zin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...