2 Jun 2009, tarikh keramat yang akan terus tersemat di sanubari rakyat Terengganu.
Sebahagian struktur stadium yang mereka banggakan runtuh menyembah bumi.
Sekarang mari kita imbau kembali perihal stadium ini.....
Kenapa tiba-tiba timbul idea untuk menulis tentang stadium ini? Jawapannya mudah..
kerana esok 29 Oktober 2011 Terengganu bakal berdepan dengan Negeri Sembilan
dalam perlawanan akhir Piala Malaysia.
Sebagai rakyat Terengganu sudah tentu terasa 'sakit hati' bila melihat pasukan yang
sedang bermati-matian melawan Selangor ketika di peringkat separuh akhir ke dua hanya
mampu ditonton oleh 'segelintir' peminat secara langsung di Stadium Sultan Ismail.
Siapa tidak 'frust' bila berjuta-juta wang pembayar cukai lebur dipersia-siakan begitu
sahaja kerana kecuaian, pecah amanah serta sikap tidak bertanggungjawab 'segelintir
makhluk' yang hanya pentingkan perut masing-masing. Yang jadi mangsa adalah
rakyat teramai yang sentiasa dinafikan hak untuk menikmati yang 'terbaik' dari
cukai yang dikutip daripada segenap penjuru daripada makan hinggalah melepaskan hajat.
Sudahlah stadium yang begitu penting ini tidak siap-siap (entah
berapa juta pula yang akan hangus setelah beberapa juta RM 'lunyai' untuk membuang
sisa-sisa 'pepejal' akibat keruntuhannya dahulu) tiba-tiba terdengar pula
ada orang sanggup menghabiskan berpuluh juta RM hanya untuk
'sebentuk cincin' dan beg-beg mewah (tidak pula terdengar penafian setakat hari ini).
Makin terbakar pula hati ini....
Makin terbakar pula hati ini....
Isu terbaru... FAM mengenakan tiket berharga RM50.00 sekeping... dan
kerajaan negeri sanggup membayar separuh kos tersebut. Hangus lagi duit
pembayar cukai.... walhal tidak ada sesiapapun yang menyuruh kerajan negeri
menanggungnya sebaliknya yang rakyat pinta ialah supaya FAM menurunkan
harga tiket... itu sahaja, mudah sifirnya....
menanggungnya sebaliknya yang rakyat pinta ialah supaya FAM menurunkan
harga tiket... itu sahaja, mudah sifirnya....
Semasa perlawan separuh akhir antara Terengganu dan Selangor, T-Team sedang
berentap dengan Negeri Sembilan di Stadium Paroi. Sempat juga menonton sekejap
melalui siaran langsung di TV. Bila melihat Stadium Paroi yang begitu besar
tersergam tup! fikiran berubah channel kepada Stadium Sultan Mizan
yang runtuh di negeri sendiri. Sekarang stadium ini orang sudah tidak memanggilnya
Stadium Sultan Mizan lagi sebaliknya lebih masyur dengan panggilan 'Stadium Runtuh'.
Panggilan ini nampaknya lebih mudah dan senang disebut oleh pelancong
dari luar Terengganu. Setiap kali mendengarnya.. aiii terasa juga 'panas cuping telinga'..
Panggilan ini nampaknya lebih mudah dan senang disebut oleh pelancong
dari luar Terengganu. Setiap kali mendengarnya.. aiii terasa juga 'panas cuping telinga'..
Sebenarnya 'runtuh' itu membawa banyak pengertian yang tersirat bagi negeri
Terengganu ini. Antaranya ialah 'runtuh akhlak'... kadang-kadang naik hairan melihat
gadis-gadis remaja masih ke hulu-ke hilir menunggang motosikal, membonceng bersama
pakwe malam-malam buta. 'Runtuh akhlak' yang kedua ialah bilamana pada
setiap malam minggu dan hari minggu hampir 'ribuan' mat rempit memenuhi jalanraya
menunjukkan kehebatan mereka (sebenarnya.. mereka sedang mengumpul dosa kering
kerana mengganggu ketenteraman awam) dan 'runtuh' yang ketiganya
ialah kes-kes jenayah yang bertambah saban hari.
Apa kata kalau kita dengar apa komen MB tentang hal ini suatu ketika dahulu...
Beliau hanya mampu 'ketawa sahaja' nampaknya bilamana jutaan RM leburrrr...

















5 comments:
Bro. Tolahah, liputan itu memang tepat pada masanya, siapa diantara rakyat biasa Terengganu yang tidak kecewa dengan gelaran "...... runtuh" itu, bagi sedikit pendapat saya, pihak-pihak yang terlibat haruslah bertaubat, belajarlah daripada episod pahit itu, Besar tidak semestinya terbaik dan bertahan, Bergaya lebih tidak jati, Bercanggh itu tidak semesti berteknologi tinggi, tak apa lah biar lambat asal selamat, study betul-betul cara terbaik, terekonomi untuk membaiki !
Lorenz
btol2...sedih tgk stadium tu..mmg rata2 kalau kwn2 tanya pasal stadium tu kompem akan sebut nama yg tak sedap didengar 'stadium runtuh'.
ada terbaca akhbar hari khamis kalau tak silap, ahli2 gimnas remaja negeri Trg yg terpaksa berlatih bwh panas matahari dkt smk padang mengkuang. mcm pelik kan? takde tempat lain ke nk training, mcm stadium negeri depan hospital ke, TER ke... ni mcm kat area parking je rupanya..cemana la sukan nak maju.. :)
gini la bila lantik pemimpin yg bukan berkebajikan dan berkepentingan rakyat. yg penting bagi mereka RM..RM..RM... amat malang negeri yg kaya raya dengan hasil minyak mempunyai pemimpin yg suka kejar ke glamouran, suka bangga2 kn negeri sndiri..rakyat jugak yg binasa, ni mungkin penggal terakhir die sbagai yb..next pru kita buat pilihan betul2, solat istikharah dulu. moga Allah tunjuk pilihan yg betul. Amin
bila pemimpin yg bertanggung-jawab dan xde kelayakan yg setimpal, mmgjd macam tu la. rasa2nya kalau Trg masih dibwh pembangkang mesti isu stadium ni digempar-gempur kan, skrg nii senyap-sunyi je. kalau ada tindakan pun, lebih menguntungkan kroni masing2. last2 duit habis juta2, tp tgk hasil yg dpt x nmpk pun kat mana duit diguna.
berat3
Post a Comment