Tuesday, October 11, 2011

Sultan Mizan Cup

Seperti biasa pada setiap tahun akan ada acara Kejohanan Berkuda di Terengganu.
Dulu pernah ada Kuda Sokmo, FEI World Endurance dan kali ini Sultan Mizan Cup.
Kejohanan diadakan di lokasi tetap di Lembah Bidong. Kejohanan ini tidaklah
sebesar mana jika dibandingkan dengan FEI World Endurance yang lalu yang mana
terdapat lebih ramai peserta dari seluruh dunia. 



Tema kali ini adalah berkisar kepada dunia bawah laut. Pelajar-pelajar dari sekolah terpilih
yang berkemahiran dalam kreativiti akan bertanding menghias mengikut tema yang 
telah ditetapkan. 


Di gelanggang yang lain berlangsung pertandingan sukan berkuda juga dari
kalangan pelajar sekolah. Mereka inilah yang akan menjadi pelapis pada kejohanan
ini kelak di masa akan datang. 


Kejohanan sebenar berlangsung tepat pukul 5.30 petang. Dilepaskan
oleh Raja Permaisuri Agong. 



1 comments:

Al-Manar said...

Sewaktu nelayan dalam kesusahan hidup kerana ikan berkurangan dan laut bergelora apa lah sangat sukan di Tganu kite selain 'maing hgujang'?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...