Thursday, December 22, 2011

Pokok-pokok besar di Kuala Terengganu


Sebenarnya sudah agak terlewat namun belum terlambat untuk menulis sedikit
artikel berkenaan pokok-pokok besar yang terdapat di Kuala Terengganu khasnya.
Sebenarnya di daerah-daerah lain rasanya pasti ada pokok-pokok besar sebegini.


Saya rasa tertarik untuk menyentuk aspek pemuliharaan pokok besar ini setelah
melihat pokok-pokok besar yang terdapat di Taman KLCC yang masih utuk terpelihara.
Sayangnya di Kuala Terengganu khasnya ada yang telah ditebang demi pembangunan.


Yang paling saya ingat ialah 'pokok asam jawa' yang terletak di Kampung Kolam. 
Pokok yang berusia ratusan tahun musnah dalam sekelip mata. Walhal apa salahnya
pokok-pokok ini dipulihara tanpa menjejaskan projek pembangunan. 



Nama pokok yang disediakan oleh MBKT. 


Kini hanya tinggal 'sedikit' sahaja lagi pokok besar begini. Yang paling menarik
ialah dikawasan Istana Maziah. Masih kekal tersergam utuh hingga saat ini.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...