Friday, April 6, 2012

Industri Keropok Terengganu - Bukit Tok Beng

Keropok Bukit Tok Beng merupakan satu lagi tempat yang menjadi tumpuan
pelancong apabila ingin membeli ole-ole yang sangat masyur ini. Suatu ketika dahulu
perniagaan keropok di sini dikenali ramai sebagai keropok 'beratur'.

Jangan terkejut jika anda terpaksa beratur atara satu hingga satu jam setengah
sebelum sampai giliran anda walaupun anda hanya ingin membeli RM5.00 sahaja.
Kini gelaran kedai keropok beratur telah pun bertukar kepada kedai keropok 'nombor'
kerana anda perlu mendapatkan nombor giliran sebagaimana yang biasa anda
lakukan ketika mendapat rawatan di klinik ataupun ketika berurusan di kaunter
jabatan kerajaan mahupun bank. 



Apa yang menarik pada kedai ini ialah cara pembuatannya yang sistematik dan bersih.
Setiap batang keropok yang dibuat akan mengikut timbangan serta ukuran  yang 
telah ditetapkan. 


Teknik pembungkusannya juga telah pun dipertingkatkan dengan 
menggunakan sistem 'vakum' bagi menjamin keropok yang lebih tahan lama
dan anda boleh membawanyanya sehingga ke luar negara sekalipun 
tanpa risau pada bau mahupun kelembapannya.



Bahan mentah utama iaitu ikan didatangkan secara siap proses dan pengusaha
tidak lagi perlu bersusah payah menyiang ikan yang mana sudah tentu akan 
memakan masa yang lama. 



Segala proses banyak menggunakan peralatan moden bagi mempercepatkan
urusan kerja.



Ini adalah periuk besar yang digunakan bagi merebus keropok yang telah siap
diproses. Bayangkan berapa banyak jumlah keropok sehari yang dihasilkan di sini
bermula dari pagi sehinggalah lewat petang. 


Lihatlah bagaimana pekerja di sini memakai pakaian  yang mengikut
'standard' yang ditetapkan bagi menjamin kebersihan produk sentiasa 
dipatuhi. Anda juga boleh menikmati hidangan keropok goreng sementara
menunggu keropok rebus kerana gerai jualan yang berupa cafe ada
terdapat di sini. 

7 comments:

mamaijat said...

.....OMG...sedap nyer weh!!!
kalau gi ganu kami mmg x pnah miss ke sini..
kenangan mengusik jiwa...
bila lagi nak 'balik' ganu ni....
banyak kenangan di sane....
uuurrrmmmmm............

marinahunny said...

keropok sini mmg terbaik lah..cuma bbrp pekerja nya kureng mesra skit..

terengganu legend said...

memang sedap tapi nak beli kena beratur panjang sangat, kena cari alternatif lain kalau nak makan keropok lekor sedap, le ni kat mnegabang lekor dan merang ada dah yang sedap dan boleh lawan yang bukit Tok Beng.. apapun kita harap pengusaha keropok Terengganu sentiasa jaga dan maintain kualiti keropok supaya kekal keropok lekor Terengganu yang paling sedap di dunia

Al-Manar said...

You can get equally good keropok lekor if you take a slow drive along Jalan Batu Rakit, Mengabang Lekor onwards - all for no waiting!

ainnarina mohd noor said...

saya orang batu rakit
memang betul tu
keropok sana memang sedap..
kalu balik cuti..
beli untuk kwn2 yang krim shaja
mesti rm100 ke atas punya..
hehe
x kisah kat mana pun..
bukit tok beng ke, losong ke, mana2 jela. teruskan usaha dan jgn lupa serapkan unsur2 islam..
jg kebersihan...
keuntungan mesti realistik..
phm2 la kan adat berniaga mengikut islam...

hehhe..
good luck.. adios..



_________________________________
http://kurniaandia.blogspot.com/
http://helpkeydata.blogspot.com/

Anonymous said...

salam Tolahah.. saya nak minta kebenaran guna beberapa gamba keropok lekor ni boleh tak? Untuk buat bunting saya jual keropok kat kl.Email saya noreliza_sazni@bat.com. Harap dapat reply ke email saya.
Terima kasih

Aiza Aiz said...

salam..
saya pembekal keropok lekor dan keropok keping dr terengganu..
klu ade yg berminat nak order blh bgtau.. sy buat melalui pos..
email sy aizaaiz56@gmail.com
sudi2 la lawat page sy n like sekali
FB Page Keropok ORI Terengganu
add saya kat fb Saya Zya..
tq

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...